bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, December 3, 2007

Wacana Muamalat

Hari ini Bahagian Pengajian Islam menganjurkan satu seminar sehari mengenai Pengajian Muamalat di Malaysia, hasil peruntukan Universiti Penyelidikan (RU). Wacana ini menjemput semua ahli akademik daripada IPTA dan IPTS di wilayah utara khusus yang menawarkan pengajian muamalat seperti Jabatan Muamalat, Fakulti Pengurusan Perniagaan UUM dan Kulliyyah Muamalat Kolej Universiti Insaniah. Pihak Bahagian Pengajian Islam USM pula menganjurkan wacana ini bertujuan untuk menawarkan program sarjana muamalat secara mod-campuran pada sesi baru 2008/2009.

Tokoh besar dalam dunia syariah telah dijemput iaitu Prof Dato' Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, bekas Pengarah Akademi Pengajian Islam UM dan tokoh dunia profesional syariah (dari sudut praktikal) iaitu Dr Md Nurdin Ngadimon, pemangku ketua bahagian syariah, suruhanjaya sekuriti.


Prof Mahmood Zuhdi sedang semangat mewacanakan idea-ideanya...


Dr. Nurdin pun tak kurang hebat, mengaborkan pengalaman praktisnya di SC

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin