bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, December 3, 2007

Penolong Penggawa Desasiswa Aman-Damai

Akhirnya, papa damia dilantik sebagai Penolong Penggawa Desasiswa Aman-Damia berkuatkuasa 1.12.2007 till 31.12.2008. Permohonan yang telah dibuat sebelum puasa lagi, dan interviewnya pada awal Ramadhan cukup mencabar papa mia kerana terpaksa ulang alik drp Kuantan ke USM kerana jadual cuti dan interview datang tak diduga, bertembung tapi tak berlaga hehe...so, malam tadi dah ada meeting pertama hal pelajar ni, hai busy la papa-mia lepas ni..jangan la banyak sangat xtvt malam or hujung minggu...mana tahu kan kut ada studen demam ke, kena hantar ke klinik; studen berkhalwat, kena hantar ke jaipp; studen histeria, kena hantar ke rumah Haron Din hehe...Tak ramai sebenarnya yang mohon jadi felo or penolong penggawa nih, sebab time-frame tadi laa..tiada lagi masa privacy, oleh kerana itu, pihak universiti menyediakan special place to us, iaitu penginapan eklusif, api dan air percuma (below RM150), termasuk la sewa tepon...yg lain-lain, sendiri mau ingat lah...



Rumah yang disediakan..tu kereta Dr. Hasrul tu saje nak tumpang glamer..corner lot lagi dan lengkap dengan pokok cili padi, terung, serai, betik, pisang dan kelapa di tepi dan belakangnya hasil usaha tani Dr Nazaruddin yg tinggal di situ sebelum ini..tenkiu Dr. Naza, good job for mia..



Ruang tamu dan area meja makan yang lebih luas dan lega drp rumah sewa sekarang..Dr. hasrul dilantik sebagai interior designer sedang memikirkan di mana nak letak akuarium ikan...erkkk, iye ker? tak yah laa...



Jemput makan, tambah lauk tu..sila duduk-duduk, hidu bau dari dapur...tapi pintu sua hidangan dari dapur ditutup plak..belum time makan lagi la tu...



yang penting ada aircond, walaupun telah direport utk diganti baru...tilam tu ada missing satu, kena report ni minta tambah...mana boleh, eklusif mesti complete maaa

So, rumah dan perabot semua dah complete...tinggal satu masalah jer lagi huhu, nak angkut barang utk pindah...semua ahli rumah papa-mia ni jenis yang tough-2 belake seme, hai..al-maklum sudah ke belum...nak kena la upah bangla selori ni huhuhu...

3 comments:

Cikgu Muazam said...

Tahniah, Encik Penolong Penggawa!. Hehehe. Leh la belanja mcm ni.. :p

Tinta Pendeta said...

hehe..syukran muazzam! leh, mai la bertandang kat umah baru ahaks, saya tak serah lagi surat penerimaan ni, ada program plak arini hu3..

Pusat Tuisyen Titian Cahaya said...

Besar nyer rumah dia....hmmmm...kalu main sorok-sorok...sure susah nak cari......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin