Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Monday, December 3, 2007
Yayah ke Penang....
Yayah, or well known by kak yayah or kakak by nuar come to Penang. along with Damia travel long distance...8 hours yesterday through east-west so called highway... ikutan yayah ni berikutan papa-mia balik juga drive after meeting aritu, konvoi together dgn tetamu dari Dungun, untuk turut sama melawat tokki-mia dan langsung membawa pulang semula damia dan ibunya yang tersayang...Mia pulang dihantar oleh ramai warga kemaman yg masih ada kat rumah tokki, kelihatan tokki pun turut mengiringi mia hingga luput dibawa kereta hehehe...
As usual, travel ke Penang kena transit di manir sebab driver nak rest sket campur tidur semalam di rumah ayah-papa-mia, even though ayah-papa-mia dah tiada, at least kecaknaan terhadap adik-adik yang mengharapkan sokongan dan perlindungan abang dan kakaknya tidak hilang sebegitu sahaja, walaupun masing-masing dah ada kuarga tersendiri..so, yayah pun ikut bermalam di sini la..perjalanan ke sini ditumpang oleh nurul (kak long) sebab nak ke Kampus KUDQI di Kubang Lembek. Before that, singgah sebentar di Dungun kerana nak ziarah Faiz berkhatan...maklum la musim khatan la ni cuti-cuti sekolah yang panjang ni...ayat power yang keluar selepas sakit akibat berkhatan oleh Faiz mengikut mama-nya ialah "menyesal aku!" hehe...semasa dia ke Penang aritu uncle dia dah tanya takut tak, tapi dia cakap berani, haaa tu diaaa...berani ahaks!
After hantar nurul selepas dinner malam tu, tidur sepicing dua, maka besoknya..pagi-pagi gajah lagi kami pun bertolak ke Penang, berhenti di Pekan batu 6 kejap beli kuih-muih dan rempah ratus "ganu kite" utk bekalan masak di Penang, then vrooom straight away...banyak tempat gak berhenti sebab ada budak kocik ni dan isi perut sepinggan dua hehe..semasa solat di Puncak Banjaran Titiwangsa tu, damia sempat lagi berposing sambil dibelakangi oleh hutan tebal..last time berhenti kat situ, papa-mia terjumpa tahi gajah yang masih baru huhuhu...itulah Lebuhraya Timur-Barat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment