bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, January 26, 2008

Mia Ke PesTa PanTun & MotiVasi

Lepas isyak tadi papa bawa mea dan ibunya ke pesta pantun antara desasiswa usm, kebetulan desasiswa aman damai masuk separuh akhir lawan dengan desasiswa restu..semasa pemantun sedang berfikir untuk membeli pantun, dalam hening tu tiba-tiba mea bersuara kuat (bercakap), semua orang tersenyum tengok ke belakang, mungkin sebab pemantun tu lambat sangat nak balas, so biar mea balas dulu..malunya kut ganggu..terus papa dukung bawa keluar bilik pertandingan hehe...nak buat camner, mea leni semakin aktif dan berani ahaks...pertandingan pantun ni ialah secara spontan iaitu jual beli pantun mestilah dilakukan spontan, no write-write la....so selamat menjunjung budaya bangsa:

Jalannya santun bertongkat kayu
Rasa selesa langkah pun laju
Budaya berpantun adatlah Melayu
Semoga bangsa terus kan maju.



Bercakap pasal menjunjung budaya bangsa ni, damia mempunyai kekreatifan tersendiri dalam hal ini apabila papa-nya memberikannya latihan awal iaitu memakai bakul bedak dulu hehehe...ni bukan mendera anak tapi just to make an exercise hehe, ternyata mea suka and selesa diselangkupkan macam ni....actually she is very hardworking and creative to create her own game of satisfaction, really!



Suka sangat bergantung kat walker dia...tengok tu dua-dua kaki...alahai mea kusayang!



Balik dari Pesta Pantun, damia segar lagi..masih main naik tangga turun tangga, but this time dia brek plak kat tengah tu and berpaling ke papa yang nak amik gambar dia, suddenly something yang tak terjangka terjadi..ala nak turun tapi kepala dulu, mea terjatuh huhu..apa lagi menangis mea sambil lencun air mata, kesian anak papa...


"mea sakit ni huhu.."

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Sakit badan menangis mengah-mengah
Tangga dinaik mea teruskan juga



Hehehe lepas beberapa ketika, mea dah aktif balik..ermmm panjat lagi tangga ni hehe, itu la budak kecik kan, dan juga anak papa...takkan mengalah dan serik dengan dugaan hidup ini, halangan dan kegagalan sebenarnya adalah perkara biasa, di mana-mana dan untuk semua peringkat manusia akan menghadapi rintangan hidup, cuma sejauhmana daya juang dan semangat dalaman yang mampu menangkis kekangan hidup semacam ini itulah yang perlu dimiliki, so damia telah memiliki asas keperluan hidup ini, macam ni baru leh maju ke depan..so terbukti mea mampu berdikari untuk belajar bersendirian di Ireland nanti..before that kena usaha di peingkat sekolah dulu, erkk..tadika pun belum ni, hihihi..there is a long-long way waiting you ahead, mea! and no one knows how its going to be..straight, corner, F1 corner, junctions or end road huhu..apa pun, setiap langkah dalam kehidupan setiap insan tu adalah perjuangan peribadi insan terbabit, tidak semestinya yang tua maju menghala, dan tidak mustahil pula yang muda kan tersekat sentiasa...saat "over-take" sentiasa kan ada, umur muda pun jika speednya lancar, laluannya lurus dan enjinnya berprestasi tinggi, young man can defeat the older one...so, lets go mea...take your papa's word in your heart and move ahead without turning back...go go chayyooo....

4 comments:

Cikgu Muazam said...

Hahaha.. Geli hati bace telatah si mea. Lucu!. & cute. ekeke.

Tinta Pendeta said...

itulah muazzam anak kecik, nak bermanja sokmo..

[nad] said...

cian nyeee mea jatuh tangga...hehee..slamat ke bali...

Tinta Pendeta said...

mea demam plak ni huhu..camno ni kalau tak baik, semoga sihat sejahtera semula mea weh...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin