Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Tuesday, January 15, 2008
Salam Ma'al Hijrah 1429H
Salam semua, melangkah tahun baru Hijrah yang dah beberapa hari berlalu ni sungguh meletihkan papa-mia sebab program dan seminar bersilih-ganti, sampai demam-demam dibuatnya..maka al-gitu la lama papa-mia tak menulis di sini, ibu-mia pun tak nyempat nak menulis sebab internet slow bangat kat rumah tu..tak patut-tak patut..apa pun, semestinya tahun baru azam pun baru..azam tahun baru hijrah ni nak cuba try belajar save suit sket (bagi pap-mia) laa..sebabnya, dapat gaji jer habis..dpt banyak habis, dpt sikit pun lagi la habis huhuhu...kena la berjimat untuk hari muka nanti...cara nak berjimatnya ialah simpan duit tu kat bank yang berbeza, apabila dapat gaji di bank A..kena la pindahkan sebahagiannya di bank B..pretending that those money dah vanished already hehehe...tapi apakah dapat papa-mia melaksanakan misi ini bulan ni, terfikir jugak ni..iyer la kan, hujung bulan ni road tax kereta dah mati...pastu pulak, kalau RCMO luluskan permohonan pap-mia present paper ke Bali awal bulan depan, ermm nak kena kuar duit jugak utk 'pak turut' dua orang kat rumah tu hehehe...tak ajak kan, tak best la plak sebab dekat...ermm nampaknya plan saving ni terpaksa ditunda ke bulan depan ahaks! pastu bila bulan depan kena balik kampung..maka maybe this plan kena tunda lagi ke bulan depan, dan seterusnya...akhirnya jadi la azam tahun depan pulak ahaks...jangan begitu yaa..kena serius, okay la serius....ehem....plan to pass not to fail...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mulakan simpan skit dulu ..... kak noor mulakan dulu RM60 jer sebulan....heheheheh.....tahu-tahu dah 5 tahun.....so...kira banyaklah tu.......cubalah...kena paksa diri gak
okay kak nor...mesti paksa buat ni, tq..tahniah kerana selamat dan telah sempurnakan "ibadat agung"..takbiir! AlhamduliLlah.
Post a Comment