bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, June 30, 2008

PerJalaNan Ke University of Wales, Lampeter


Kira-kira kul 9.30 pagi...papa bertolak dari rumah aju dgn ambil bas no. 52 utk ke station bas xpress di victoria...ia adalah last stop, so jauh gak..dalam 1 jam setengah nak sampai sana...nasib baik tiket bas xpress dah beli semasa kat Malaysia lagi tru internet..dapat la tengok2 bandar London semula after 5 years left...


Albert Hall London tempat Siti Nurhaliza wat konsert dulu, memang bas no. 52 akan lalu ikut sini on the way to Victoria station



inilah victoria coach station, papa kenal tempat ni sebab pernah naik bas dari sini pada 2003 dulu utk ke Scotland...tahu la sikit area London ni...penumpang duk tunggu bas dalam kotak cermin, so tak hidu asap dan wap sejuk...papa naik bas national-xpress London-Carmarthen kul 12.00 dan dijangka sampai 5.30 pm...hampir penuh bas, Dr. Azam dan Pengarah CITU (Dr. Rahimi) tertinggal bas ni sebab tube mereka delay, papa sampai awal sejam kat sini sebab memang takut kalau terlepas bas ni...dia naik the following bas kul 12.30, oleh kerana perjalanan dah tau jauh, sebagai alas perut maka papa makan syis kebab dulu..sodap beb!


selepas 2 jam lebih perjalanan, bas pun berhenti sat rehat kat R&R, kat mana la entah la...papa turun minum teh panas secawan, hilangkan sejuk tengkuk...


bandar Carmarthen, sunyinyer...sampai sini kul 6.10 ptg, lewat sikit sampai kat sini sebab ada xciden kat motorway (highway)...macam bandar mati, pahtu sejuk pulak windy...papa sembunyi balik dinding cermin bas stop...duk sini pun macam was2 jer nak tunggu bas seterusnya ke Lampeter, takut datang mat salleh mabuk main kacau, mana tahu kan hu3...nasib baik, kul 7.10 bas X40 ke Lampeter mai, betul-betul follow jadual...itu yg bagus kat UK ni, on the dot!


hampir sejam naik bas dari carmarthen ni, dengan jalan bukit bukau dan selekoh rothmans, baru sampai bandar kecil Lampeter...driver bas laju kan main macam naik bas dari seremban ke port dickson jer huhu...bas berhenti betul2 depan pintu masuk utama ke Universiti, papa suruh driver wat gitu hihi...macam tak caya jer dalam ni ada universiti, nasib baik la driver bas sangat helpful...papa risau doh kut sesat, macam terpencil sangat...sebab dalam perjalanan macam nak masuk hutan jer, dengan bukit-bukau, biri-biri, lembu dan jalan yg semakin mengecil...cuaca berkabus lagi sebab lepas hujan...tup-tup ada universiti di sebalik country-side macam ni..


Bangunan utama University of Wales, Lampeter...dikatakan bermula 1822 lagi, lama tuh!


Bangunan hostel, Lloyd Thomas Hall..di sini la pembentang paper menginap...clear lagi sinar sedangkan masa ni kul 8.30 malam doh lebih kurang..inilah summer, malam kul 9.30 mlm (maghrib)...tidur sini depa caj £63 for 2 nite with 2 days meal, b'fast, lunch & dinner..tapi bab makan tak sedap, catering mat salleh...ganer mung! masak tawar heber...campur confuse halal and suci! pelik kat sini penganjur wat plan...dok kena starang!



dalam bilik hostelnya lengkap...ada katil bujang, almari, meja study dan toilet sekali...puas hati la kalu duk sorang wat master or phd kat sini kebujangan...line internet pun ada, silap papa dok bawa laptop...


Sesi Conference dah bermula keesokkannya...presentation oleh Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil (CITU-UiTM), mesti fluent cakap orang puteh...walaupun audien sesi ni 4 orang jer...turut hadir Dr Dawood el-Alami, pensyarah TRS sini..


pastu abru mula majlis perasmian, dari kiri Dr. Mawil Izzi Dien (Reader Department Theology, Religious and Islamic Studies)-jawatan Reader sama dgn Prof. Madya kat Malaysia, then Mr. Ahmad Nazri Sulaiman (Director Malaysian Students Department), Prof. Robert Pearce (Vice Canselor-UoW), Dr. Francis Knight (Head Department TRS ini) dan Dr. Rob Warner (TRS)...


sesuai dgn tajuk conference 'Malaysian on study of Islam'...muka-muka Malaysia memenuhi 90% dalam The Arts Hall ni...sama ada yg sedang belajar di UK [ada dari Lampeter sendiri, Durham, Southampton, Birmingham, Dundee dan Edinburgh) atau yg datang dari Malaysia special macam papa ni...


papa sempat posing kat signboard univ of wales lampeter ni, dalam arts hall...


antara peserta dan speaker dalam salah satu parallel session, sepanjang conference ni..semua ada 6 parallel sessions...ramai jugak presenter mai..dari Malaysia, wakil dari setiap universiti ada mai dan yang teramai ialah dari UKM (more than 8 Orang) dan paling sikit USM (papa sorang jer)


sebahagian bangunan university of wales di Lampeter ni, dikenali bangunan syeikh khalifa yg dulunya didermakan khusus utk pengajian Islam...tapi kini dah bercampur under TRS, Theology, Religious and Islamic Studies (seberang jalan main building)


kawasan Lampeter ni banyak biri-biri, ada juga lembu tenusu...sebab tu ada org kata, Lampeter = lamb..


selepas dua hari 3 hari 2 malam di sini, sampai la masa nak balik, tamat conference...tak sempat join barbeque penutup program sebab dah ambik tiket ke London kul 17.00 ptg dari Carmarthen, pelajar phd kat sini, Mohd Firdaus (UiTM) tolong hantar ke Carmarthen meraikan bakal bosnya akan datang, Dr. Rahimi-Pengarah CITU-UiTM dan Dr. Azam (UiTM), papa tumpang semangkuk jer hehe...pemandangan dari dalam kereta..jalan ke/dari Lampeter ni memang sempit...hulu la katakan!


inilah kereta yg kami naik tadi hehe...acah jer...sape suruh lalu depan papa, masuk dalam kamera la jawabnyer...


ini sekitar bandar di swansea...hari minggu, lengang! cuaca terang, baik...




pemandangan kat sekitar cardiff rasanyer...


Akhirnya, national xpress selamat sampai semula ke victoria coach station di London kul 10.20 malam, papa mea berpisah dgn team Dr. Azam dan bosnya, papa naik victoria-line ke Dollis Hill dan Dr. Azam naik District-line ke Bayswater utk menginap di Malaysian Hall...sampai rumah kul 11.30 malam, ada nasi lauk sup ayam dan tumis bilis, yummi....

3 comments:

Dr. Bentara said...

salam kenal dari Adelaide

chekdenoor said...

wah...best nyer kalau ada phd..... banyak gak berjalan ...boleh tengok negeri orang......

jauh perjalanan....luas pandangan .... banyak pengalaman.... dan banyak kenangan......

Tinta Pendeta said...

hehe..memang best k.noor, cuma tinggal lagi...penat jalan kaki esp. kat london ni...melecuh tapak kaki ni sket...satu lagi, biasanya kalau usm, sponsor bagi dalam 4/5 jer...bakinya, pandai-2 la genapkan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin