bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, June 9, 2008

RonDa Ari AhaD


Sepatutnya, bila harga minyak dah naik..aktiviti meronda ni kena dielakkan..tapi sebaliknya ari ahad semalam. After pekena roti canai teelur and murtabak yang diimport daripada Subaidah [mamak punyer], damea, ibu dan papa menyeberangi jambatan Pulau Pinang ke Pacific Mall kat Seberang Perai..actually bukan ke Pacific, tapi lalu jer depan pacific sebab nak ke pusat latihan menjahit epal yang disertai oleh ibu mea, ibu dapat pakej belajar menjahit percuma sebab beli mesin jahit epal dulu, dah lama dah layak belajar tapi masih tak berkesempatan, so semalam selepas epal call..baru la si-ibu teringin nak lihat how-how...nak dapatkan aura dulu...minggu depan la start, nanti papa pinjamkan kereta kat ibu hehe, berani ke dok ekk ibu nak ke seberang sorang nanti...

after that balik ke tesco, lunch kat Pelita plak [mamak punyer gak]...asyik mamak jer masak kat Penang ni, tapi tak best sangat masakan sini compared to Kayu Nasi Kandar, best wooo...nasi berianinyer memang berani hehe...

petang lak gi lihat anak member yang dah lama bersalin, anaknya pun dah masuk 4 bulan...tapi tubuh, masya Allah...ngalahkan mea, dah lebih drp 10 kg...kalau kat kg orang cakap makan 'meh' doh ni hehe...segar dan sihat..asyik kalut jer, sampai lupa nak ambik gambar baby ni, masa kat rumah dah plan nak ambik gambar nak banding saiz dengan mea hehe...tapi, memang 'menjadi' suasana rumah member ni, meriah macam kalau balik kg dengan anak-anak saudara...itu la ek ragam bila anak dah ramai, macam mana la nanti rumah bila mea dah ada 9 orang adik lagi hahaha....


balik rumah, Dr. N plak datang nak ambik pisang tanduk yang ada 4 pokok kat sebelah rumah...pisang ni semua dia yang tanam semasa dia menginap di rumah ni, hold my present post..memang 'menjadi' buahnya, besau...banding dengan mea memang kalah lengan dan betis mea...huhu...anak-anak pokok ni pun banyak, boleh la diperbanyakkan lagi cawangan pisang ni selepas ni...Dr. N pun cadang nak biakkan juga di kawasan desa-nyer...

Memang besau dan panjang....

2 comments:

chekdenoor said...

besar nyerrrrr .... goreng sedap tu

Tinta Pendeta said...

hehe...memang besauu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin