bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, September 27, 2008

Ibu Di-Discaj


Dalam lebih kurang kul 11.00 am ibu call kabo dia telah dibenarkan keluar hospital, syukur! syukur raya hehe...lewat dapat kebenaran sebab ari sabtu and doktor mai lambat lakukan pemeriksaan rutin, tak patut-tak patut..lagi tak patut bila papa sampai dalam kul 12.00, kul 3.30 baru settle urusan keluar..ni semua nurse punya pasai, kononnya banyak form nak kena depa uruskan,alih-alih ada satu form jer, tu pun main tick-tick jer..geram guh nau, nasib baik bulan pose..nurse yang ganti plak cute seposen, kalau dak..kena marah doh hehe...dan dalam keadaan yang dah lewat ni, nak balik kejar solat zohor lagi, ada lagi kejadian yang tak patut bila ibu tertinggal h/phone plak kat atas katil..masa tu dah suku jalan dah on the way balik huhu, tersekat dalam jem lagi...dalam terkial cari jalan nak u-turn, nurse cute tadi call kabo h/phone tertinggal, so..bagus la gitu...then, pi la pusing balik...itu la al-kisah ibu mea dan hospital maternity ni...


dengan keluarnya ibu dari spital ni bermakna dapat la we all balik beraya kat kampung, plannya lepas terawih malam ni...doktor memberi isyarat 'selamat but with full of cautions', maka dengan ini..bermakna berakhir la percutian sambil berkhidmat pada cik nah dan kak long kepada mea skuarga, tiada kata yang dapat dilafaz dan tiada ungkapan yang dapat dituturkan melainkan 'terima kasih daun keladi'..lain kali mari lagi...hehe..kesian gak ke kak long tak sempat pusing2 penang...next time laa ekk...so, akhir kalam..SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Friday, September 26, 2008

Ibu MEA


Hari ni dah masuk 3 hari dan 3 malam ibu mea duk kat Maternity Hospital, selama itulah ibu tak leh pose sebab kena ambik ubat ikut jam to ensure baby tak kuar lagi, dan selama tu jugak la mea tinggal dengan papa kat rumah...di samping dua orang pengasuh cum tukang masak kat rumah, iaitu cik nah dan kak long. Sorang diimport dari Kemaman dan sorang lagi dari Kuantan yang kedua-duanya diterbangkan khas ke Penang. Senang la sket papa nak ke ofis bereskan apa yang patut...banyak dead-line menunggu ni huhu...

Rutin Mea seperti biasa, takde risau sangat sebab dia tak reti lagi bab-bab 'rindu' dan sebut 'ibu' ni...tengok gambar tu, orang datang nak tengok ibu tapi mea datang nak jelajah hospital...habis satu wad dan floor tu mea ronda...nak balik pun babai kat ibu selamba jer...so okay bin o'rait la...cik nah dan kak long plak leh la masak sedap-sedap kat dapur tu ya hehe...papa makan pun selera sokmo, cuma kalau teringat kat ibu..papa tambah lagi nasi (tolong makan hehe)..kalau ibu dapat di-discaj esok, kalau safe...leh la balik beraya...terlewat daripada jadual asal pun tak mengapa, as long as hari raya berada di kampung hehe...mesti geng konvoi papa yang plan aritu dah sampai kat Besut kampung dia, cuma mea masih lagi kat sini, penang...takpe laa...mea sedang membina ukhuwwah berkawan dengan kak long dan cik nah...d'orang kena banyak usaha lagi mendekati mea hehe...

Wednesday, September 24, 2008

Ujian 10 Terakhir Ramadhan


Ibu mea dimasukkan ke wad lebih kurang 1.30 pagi tadi selepas ada ‘pendarahan’ semasa sedang tidur. Papa yang masih ralit ‘layan mengantuk’ semasa duk meeting dengan pengurusan dan exco desasiswa aman-damai dipanggil balik. Berdebar papa…apa taknya, baru lapan bulan tapi macam iya tak iya jer ibu-mea ni…apa pun we all sepakat untuk pi ke hospital dulu…tengok apa kata pakar. Mea yang tengah tidur pun diangkat letak dalam kereta. Masuk kereta jer mata mea dah bulat, “ooo…nak gi jalan senyap-senyap yer” (kata mea)…after 15-20 minit sampai la hospital…check itu ini dan isi borang itu ini…maka disahkan baby okay, denyutan jantung molek…lega 10 sen..then, after meksi dan doctor perakukan proses seterusnya iaitu tunggu contractions maka papa dan mea pun balik rumah..mesti lambat lagi...mea pun mengantuk lagi dan mula nak menjerit, masa sampai rumah dah dekat pukul 3.00 pagi dah huhu…takpe la, ujian di 10 terakhir Ramadhan untuk papa, ibu dan mea…


Bila ibu dalam wad, macam ni la mea duk teman papa memandu pergi dan balik hospital…Cuma pagi tadi jer papa mandu sambil riba mea sebab dah kalut masa nak pi hospital tu, terlupa dah…masa tu plak ibu masih ada dan boleh pangku mea yang masih mamai…


Tengahari satni mea gi jenguk ibu kat wad, masih dalam labour room tapi status ibu masih pasif…hopefully ibu mea didischarge segera tanpa bersalin lagi, sebab kandungan sebenarnya baru 8 bulan…lagi pun, nak balik rayaaaa!!....dah la sian kat ibu kena cucuk tadi untuk matangkan paru-paru baby…semuge Allah permudah dan bagi yang terbaik untuk kami, amien.

Tuesday, September 23, 2008

Tulis Check-List


Sekarang mea nak tulis sikit barang-barang yang nak kena wat balik raya ni..as a check-list la..takut nanti lupa, susah la sebab mea plan nak balik raya lama ni..papa dah decide mea kena stay back till dapat 'adik'. sebenarnya check-list sangat penting dibuat supaya teratur sikit la packing tu..kalau dulu masa bujang, papa suka pack pada malam masa nak balik kampung or at the time masa nak balik tu (masa study dulu)...tapi lening sejak berkeluarga, pengalaman mengajar yang setiap sesuatu kena rancang...if we fail to plan, we actually plan to fail, rite? he3...iyer la kan, mana tau leh lupa especially benda-benda yang sangat bernilai...ingat lagi aritu ke Sarawak dan papa tertinggal pen-drive untuk presentation kat seminar tu di Penang, maka terpaksa berhabis sedikit untuk mendapatkan semula 'powerpoint' yang tertinggal tuh...itu takpe lagi, kalau tertinggal mea kat Penang, ermm kesian mea noo...tinggal la mea tengok tv sorang-sorang hehe...

mea tertunggu-tunggu iklan...now mea ralit kalau tengok 'bolos'...bersedia atau tidak bolos saja dinding itu hu3....

Monday, September 22, 2008

StaRT PacKiNg


Pagi tadi, ibu mea plan dah nak mula packing barang untuk balik raya jumaat ni...walau raya lambat lagi, tapi kalau kire molek kata ibu, date untuk balik raye sebenornye just beberapa hari jer lagi...so, 'barang' yang mula-mula masuk dalam beg ibu ialah mea hehe...belum apa-apa, mea dah steady sitting on the beg...macam tahu jer sentimen 'balik kampung' dah nak mula, muka pun lum basuh lagi lepas bangun tidur...

Perkara yang best sekali bila duk jauh dari kampung halaman ni ialah 'sentimen' atau 'perasaan' tatkala nak balik kampung ni laa..masa mengemas beg, masa journey dengan kereta yang berderet kat highway, bila berhenti rehat kat mana-mana R&R dengan semua muka2 nampak hepi mood jer nak 'rayer', pastu bila singgah 'pasar ramadhan' kat kampung, saat borong sakan menu-menu yang takde kat rantauan...itulah perasaan yang best sekali...bila dah dua hari kat kampung, sentimen ni pun mula pudar...tak berapa best lagi, ia akan best semula malam raya or semasa menyiapkan juadah nak raya...bila raya dah start kena kunjung-mengunjung dan bila terima kunjungan, saat best dah mula berkurangan hehe...lebih-lebih lagi kalau kena layan tetamu yang tak berapa nak kenal, penat nak cari 'topik' perbualan yang boleh memesrakan kedua-belah pihak...create topic by topic...tapi, inilah communication skills sebenarnya, camana nak beramah-mesra dengan waris-waros...

Mea di WeekENd


Weekend mea minggu ni hanya sibuk pada hari ahad jer, sebab sabtu kelmarin kereta papa kemuflisan bateri..nak stat pagi tu untuk ke pejabat desasiswa, tapi alih-alih tiada tanda-tanda yang enjin akan menvroooommm..


cuma mea jer menderum minta dibawa jalan-jalan dengan kereta, "cepat papa mea nak gi shopping raya ni!"..."mission kantoi la mea!"...setelah diselidik, analisis dan siasatan terperinci dilakukan maka papa merumuskan ini memang bateri 'kongg' sebab since pakai kereta ni, dah 3 kali kut papa melaluinya...so, senang jer hehe papa call member ajak dia pi beli bateri la and then balik pasang, settle masalah cuma sedih sket la sebab kena keluarkan 'cash' di akhir2 bulan camni, gaji tak masyuk lagi hu3...


Syok mea dapat naik escalator...semalam dua tempat mea pi naik escalator, satu kat Bukit Jambul...tak puas lagi, papa ajak mea naik escalator kat Queensbaymall plak, ermm baru puas hati mea walaupun actually mea ni takkan puas punya, lepas naik nak naik lagi...sampaikan, masa salah sorang pilih barang, ibu/papa akan bawa mea naik-turun escalator hu3...nanti la mea..papa akan beli dan pasang kat rumah kita sebiji ahaks!


"papa! kejar mea ni..." sempat lagi mea main sembunyi-sembunyi di sebalik rak-rak baju time ibu melakukan proses penapisan baju-baju rayanya nanti...setakat ni mea ada 9 helai baju raya, fuyoooo...papa dan ibu takde pun hu3...takpe laa, asalkan mea gembire dan bahagia..jangan lupa, collect banyak2 duit raya nak cover kos baju mea ni hehehe...acah jer! takkan papa/ibu berkira camtu...

Thursday, September 18, 2008

Mea DeMaMm...

Mea demam akibat kesan kena suntikan semalam, badan mea panas jer sejak lepas maghrib..so, banyak la berbaring dan relaks, cuma mulut masih banyak celoteh. Kalau kira selepas saja balik rumah semalam, terus bagi ubat demam. Ibu masukkan ubat tu dalam susu sebab mea ni memang sukar untuk minum ubat tu...mesti menolak punyer! namun nak wat guaner starang, ketentuan Allah tetap berlaku...pasrah!

Pagi tadi dalam kedemaman tu pun, mea tetap bangun untuk sahur..makan nasi dua mulut jer and telur dadar beberapa suap...but all burst-out bila time bagi makan ubat, vomit semuanya...sian plak! masa papa nak gi kerja tadi pun mea bangun and nak ikut, before tu duk bersenang-lenang sambil mengomel keseorangan hehe..sian plak anak papa ni...iyer la demam ni banyak sikit nak duk teppek...nanti sihat la tuh, kan nak raya plak minggu depan..depan sket hehe..

SunTikaN for MEA


Arini mea dibawa ke Klinik Sg. Dua untuk dicucuk...suntikan ini ialah untuk usia setahun setengah bagi elak kancing gigi etc. sebagai tanda 'usaha' papa dan ibu dan selepas ni boleh la bertawakal pada Allah agar Mea bebas daripada sebarang penyakit tak diingini bila besar-besar nanti..tak sakit mana pun cucuk ni, Mea menjerit sekejap jer pastu okay la hehe...tadi kat klinik pun habis Mea round sekeliling..

Cuma Mea masih berada dalam garisan kuning akibat berat badan tak ikut skala usia, kena bagi more food kata nurse...kita orang rase dah bagi banyak dah food hu3 tapi Mea kurang makan sangat, maklum la keturunan orang dulu-dulu hehe...

Tuesday, September 16, 2008

BebeRApa KiSah


saja jer for record of mea all these days...ini telefon mea..actually, apa-pun boleh jadi hand-phone mea. "Hello! Tokki ada ker? Mea nak cakap dengan Tokwan, boleh?" kebiasaannya mouse papa la yang jadi h/phone favorite mea...apa lagi, ditelefon la ke semua orang yang mea kenal, maklum la line free...siap cakap sambil gelak2 lagi tuu...ikut style ibu sembang, ahaks!


Hai, pakai kopiah, mike yer? lelaki ke pompuan ni mea? suka nau mea ambik kopiah papa, especially time papa solat dengan ibu...maybe nampak handsome kut macam papa-nyer hehe...masa ni mea dah letih dah, nak naik tido plak untuk bangun sahur nanti...


Ini la ragam mea bila ditanya, "siapa nama Damia Nur Jasmine?"..."sayaaaaa...", kalau tanya hidung pun dah tahu (tunjuk), cuma kalau tanya yang lain-lain semua akan tunjuk hidung hu3...takpe la mea, pelan-pelan...mea ni panjat sendiri motor yang sedang parking ni, jangan tak tau...lasak macam lelaki!


Ini pula anak pokok bendi papa, dulu adalah dalam 6 pokok tapi lepas letak baja untuk suburkannya..tup..tup..tinggal 2 pokok jer huhu...yang lain kekeringan batang, ermmm...silap teknik, baja makan pokok plak! baja kena pokok ratik ni...nampaknya, papa kena tanam semula la macam ni...

Monday, September 15, 2008

AktiVITi RuTin

Lamanya mea tak berceloteh kat blog ni, walaupun sebenarnya bukan mea yang ambil bahagian sebenarnya, tapi kira mea la yer hehe...sebenor dan sesungguhnya, aktiviti mea Ramadhan ni serupa sokmo la, tak banyak beza melainkan bab bangun sahur dan berbuka..sama naik dengan orang lain, macam pagi tadi, macam pagi semalam, bangun jer..mea plak tak menolak bila disuap nasi sambil duduk atas seat kegemarannya a.k.a riba papa, cuma tak makan banyak laa...kadang-kala kesian gak kat mea ni, iyer la kan, bercakap bahasa kite tak boleh lagi, tak boleh nak suarakan kemahuannya, nak makan apa...kelmarin, tengahari dan petang bagi mee rebus jer, mea pun makan jerr...


(masa shopping, mea tukang jaga barang2 dalam troli, kira sama ada cukup ke tidak hehe..)
sempena cuti dua hari kelmarin, sempat la mea gi shopping baju tidur raya mea hehe..tapi semalam dah pakai wat tidur, bukan apa..baju tidur mea dah mengecil dan banyak dah tak leh pakai, kena la cari ganti yang lain, sian anak papa...tak lupa, mea tolong gak pilih2 kan baju adik mea nanti, beli la dulu sikt-sikit sebelum masa 'hadir' adik mea nanti, baru la tak kalut...

sekarang ni, papa dan ibu tengah menimbang sama ada nak bagi ibu dan mea tinggal terus kat kampung lepas raya ni or macamana...untuk capai tempoh due ada lagi sebulan pas raya ni sebab due 1.11, tapi dibimbangi 'adik mea' nak hadir awal, kut-kut la nak rasa bulan Syawal...masih sempat lagi...kalau boleh, kali ni nak bagi ibu mea bersalin kat kampung la, ada banyak pro dari kontra-nya...lagi pun, kat sini, takde sape nak jaga mea kalau ibu masuk wad huhu...maid indon yang muda dan cantik2 pun takde kih3...ini la pertimbangan yang banyak difikirkan khususnya oleh papa sebab nanti akan keseorangan dan kesunyian la papa lepas raya nanti, lama pulak tu, mesti rindu kat mea especially bila balik keje buka pintu, takde lagi la mea yang nak terkam suruh dukung huhu...apa pun, ni tengah fikir ni...fikir...fikir semasak-masaknya...

Wednesday, September 10, 2008

BazaAR RamaDhan


Sekejap je dah 10 hari puasa, kalau baca al-Qur'an ni maka tentu dah khatam 10 juzuk, alhamduliLlah...berebut cari untung di bulan Ramadhan, tak semestinya untung berniaga di Bazar Ramadhan jer ya..kalau ikut mantiknya, tak semua orang akan dapat lesen untuk berniaga di bazar ramadhan, tapi semua orang akan dapat mengaji pada bulan ramadhan hehe...cakap pasal bazaar ramdhan ni, sejak 10 hari lalu, baru dua kali mea berkesempatan ke sini, satu di Medan Suri..kat sini kocik jer, dan satu lagi Bayan Baru..kat sini grand! banyak bende ade...aritu ibu mea beli lemang, maybe teringat lemang kat kijal kut..tapi harga lemang sini mahal macam bedil (kata orang ganu), seketul RM2.00..kalau kat Kijal sebatang tu RM2.00...itulah hujan emas di negeri orang ibu! tapi demi selera adik mea yang mengidaminya, beli jer la...lebih baik daripada beli Mingguan Malaysia yang tak boleh dimakan hehe....apa la nak berkire sangat di bulan-bulan poser ni (kata mea)...then, kita orang beli kuih bakar dan timun cina...nak beli lagi macam laksam, akok, popia basah dan ikan bakar tu semua..tapi dibimbangi membazir, iye la..tukang makannyer dua orang jer...itu pun kongsi gak dengan studen papa time ke transkrian aritu, ahaks!

Tuesday, September 9, 2008

al-KisAH nEKbaT


Nekbat ni adalah kuih tradisional terengganu, yang dimasak dalam lautan gula hehe...kebiasaannya bulan pose jer dijual dan sejak tahun lepas, ibu mea sangat suker benor makan nekbat ni bila berbuka, bermoreh dan bersahur...ia bukan setakat mendatangkan selera makan, malah membekalkan tenaga melalui gula, disamping membekal 'penyakit' macam cik tuan sira cakap tu hehe, diabetes jer...

So in order to get nekbat from terengganu to penang, khidmat bakti cik Lah sangat-2 didambakan oleh ibu mea...maka seperti tahun lepas gak, cik Lah akan mengepos-lajukan nekbat tu ke ofis papa...malangnya minggu lepas, petang jumaat tu..time parcel nekbat sampai..papa tak masuk ofis dah sebab nak get ready to usm transkrian kat nibong tebal, ada majlis berbuka pose plus perasmian tilawah al-quran inter-desasiswa...so, tinggallah nekbat tu di ofis till isnin, sian nekbat tu berpeluh dan terpeluwap dalam sarungnya hingga menjadikannya naik kulat sedikit..maka terpaksalah dikerutis segala kulat yg mula nak menjajah badan nekbat itu petang semalam, ada sutir dua kena reject terus oleh mea akibat tak memenuhi spesifikasi nekbat tanpa kulat huhu...maka dapatlah petang semalam dan kala sahurnya kami skuarga memakan nekbat, mea pun makan dengan mimik muka pelik sebab first time raser....mungkin nanti jadi la dia kaki nekbat ikut ibunyer...so, tenkiu cik Lah for the effort to send us nekbat!

Thursday, September 4, 2008

SaHur aWaL


"Aayiiii...." awal pagi tadi papa dan ibu terpaksa bersahur awal, gara-gara si-mea yang bangun menangis sejak kul 2.45 am...ingat nak susu macam biasa, tapi sebenornya nak 'buat tempoyak'...bagi susu minum sekejap jer then buang, menangis hu3...gosok perut ingatkan dia sakit perut, marah and tepis-tepis pulak, hai garang nau anak papa ni...ingat ni mesti sakit perut! the only pujukan yang boleh senyap ialah dukung, alahai mea...takkan nak berdukung kul 3.30 am hu3...so, bila tengok jam dah dekat kul 4.00 am, papa just suruh ibu get ready to sahur laa...kan kalau 'mengerang' lagi atas tilam tu kan, mau terlajaknya perahu hehe...bila dukung bawa duk depan tv, alih-alih mea leh lagi bercakap dgn tv tu, sebut "ceria", "tv3"...kat dalam bilik kan main garang, sajer jer ni nak sabotaj papa dan ibu ni hu3...

Tuesday, September 2, 2008

Mea BanGun SaHur


Pagi tadi, mea turut bangun sahur semasa papa dan ibu bersedia nak jamah nasi..naik ke bilik, mea dah tersengih tunggu papa angkat. Tapi mea tak kacau masa makan, just minum susu depan tv...syok tengok iklan dan syahadah...bila dah segar, hemmm baru la dia betul-betul aktif plak, nak main laptop gak check emel...dan kena jaga...suka celup tangan dalam gelas orang...tengok gelas air papa, dia buat air basuh tangan plak bila tak sedar...sengih macam tak bersalah hu3...

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan 1429H


Marhaban ya Ramadhan! arini papa dan ibu mea pose, umat Islam yang mukallaf lain pun semua stat pose, cuma tinggal mea jer yang tak terkejut bangun sahur...lagi pun mea lum mukallaf lagi, baligh pun jauh jenak laie he3...so, mea nak ucapkan selamat berpuase la pada semua yang selalu membaca coretan di blog mea ni...mea tak pose bukan sebab apa, mea makan sikit2 jer, jadi cepat lapar..tangki simpanan mea pun kecik lagi hi3 untuk simpan stok makanan banyak2 hehe...jadi bagi la cann mea besor dulu...makan pun banyak2 nanti...(bagus punye justifikasi ni)


Di hari pertama Ramadhan ni, mea nak pesan la agar kite seme start latih diri wat sebanyak boleh amalan sunat, yang makruh2 tu tinggal terus...then selalu wat solat dhuha bagi sesape yang dok pernah atau jarang wat sebelum ni...pastu start ngaji sejuzuk sehari...setiap kali lepas sembahyang baca 4 muka, 5 kali solat dah cover 20 muka...ini bersamaan dengan satu juzuk...maka kalau amalkan membaca ni dengan istiqamah, apabila cukup sebulan kite akan khatam sebutir al-Qur'an...yeye...baru la then raya kite pun bermakna! Jangan pikir makan jer...he3, mea takpe la makan, korang jangan la nooo...Ramadhan Karim!

Perasan tak, ada satu yang umat Islam silap dalam bab solat Terawih...iaitu mereka akan cuba buat biar dapat berjemaah, walaupun isyak tak sempat jemaah tak apa..buat kat bilik or sembahyang sendirian kat rumah dahulu..then, baru pi masjid..sedangkan solat isyak adalah wajib, solat terawih adalah sunat...so, pastikan...isyak pun berjemaah ya he3...ni bukan mea kata laa...ustaz kata!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin