bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, September 22, 2008

StaRT PacKiNg


Pagi tadi, ibu mea plan dah nak mula packing barang untuk balik raya jumaat ni...walau raya lambat lagi, tapi kalau kire molek kata ibu, date untuk balik raye sebenornye just beberapa hari jer lagi...so, 'barang' yang mula-mula masuk dalam beg ibu ialah mea hehe...belum apa-apa, mea dah steady sitting on the beg...macam tahu jer sentimen 'balik kampung' dah nak mula, muka pun lum basuh lagi lepas bangun tidur...

Perkara yang best sekali bila duk jauh dari kampung halaman ni ialah 'sentimen' atau 'perasaan' tatkala nak balik kampung ni laa..masa mengemas beg, masa journey dengan kereta yang berderet kat highway, bila berhenti rehat kat mana-mana R&R dengan semua muka2 nampak hepi mood jer nak 'rayer', pastu bila singgah 'pasar ramadhan' kat kampung, saat borong sakan menu-menu yang takde kat rantauan...itulah perasaan yang best sekali...bila dah dua hari kat kampung, sentimen ni pun mula pudar...tak berapa best lagi, ia akan best semula malam raya or semasa menyiapkan juadah nak raya...bila raya dah start kena kunjung-mengunjung dan bila terima kunjungan, saat best dah mula berkurangan hehe...lebih-lebih lagi kalau kena layan tetamu yang tak berapa nak kenal, penat nak cari 'topik' perbualan yang boleh memesrakan kedua-belah pihak...create topic by topic...tapi, inilah communication skills sebenarnya, camana nak beramah-mesra dengan waris-waros...

2 comments:

chekdenoor said...

hehehe...chekdee tak kemas apa-apa.... dihati cuma ada.....tak sabar nak tunggu aisyah balek.....ahad ni 28sept sampailah dia...... rinduuuuuu selalu

balek kemaman puasa 30.....jumpa disinunggggggg

Tinta Pendeta said...

hehe...aisyah pun rasenyer tentu tak sabar nak kelik tu...balik kg..hati girang! dpt la mea jupe chekdenoor nanti kecek sket...he3

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin