bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, September 26, 2008

Ibu MEA


Hari ni dah masuk 3 hari dan 3 malam ibu mea duk kat Maternity Hospital, selama itulah ibu tak leh pose sebab kena ambik ubat ikut jam to ensure baby tak kuar lagi, dan selama tu jugak la mea tinggal dengan papa kat rumah...di samping dua orang pengasuh cum tukang masak kat rumah, iaitu cik nah dan kak long. Sorang diimport dari Kemaman dan sorang lagi dari Kuantan yang kedua-duanya diterbangkan khas ke Penang. Senang la sket papa nak ke ofis bereskan apa yang patut...banyak dead-line menunggu ni huhu...

Rutin Mea seperti biasa, takde risau sangat sebab dia tak reti lagi bab-bab 'rindu' dan sebut 'ibu' ni...tengok gambar tu, orang datang nak tengok ibu tapi mea datang nak jelajah hospital...habis satu wad dan floor tu mea ronda...nak balik pun babai kat ibu selamba jer...so okay bin o'rait la...cik nah dan kak long plak leh la masak sedap-sedap kat dapur tu ya hehe...papa makan pun selera sokmo, cuma kalau teringat kat ibu..papa tambah lagi nasi (tolong makan hehe)..kalau ibu dapat di-discaj esok, kalau safe...leh la balik beraya...terlewat daripada jadual asal pun tak mengapa, as long as hari raya berada di kampung hehe...mesti geng konvoi papa yang plan aritu dah sampai kat Besut kampung dia, cuma mea masih lagi kat sini, penang...takpe laa...mea sedang membina ukhuwwah berkawan dengan kak long dan cik nah...d'orang kena banyak usaha lagi mendekati mea hehe...

1 comment:

[nad] said...

huhu..semoga ibu bleh kuar..
mea2..berkwn la ngan kak long ngan cik nah tuh..hehehe^^..asyik nk nangis jer..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin