bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, September 15, 2008

AktiVITi RuTin

Lamanya mea tak berceloteh kat blog ni, walaupun sebenarnya bukan mea yang ambil bahagian sebenarnya, tapi kira mea la yer hehe...sebenor dan sesungguhnya, aktiviti mea Ramadhan ni serupa sokmo la, tak banyak beza melainkan bab bangun sahur dan berbuka..sama naik dengan orang lain, macam pagi tadi, macam pagi semalam, bangun jer..mea plak tak menolak bila disuap nasi sambil duduk atas seat kegemarannya a.k.a riba papa, cuma tak makan banyak laa...kadang-kala kesian gak kat mea ni, iyer la kan, bercakap bahasa kite tak boleh lagi, tak boleh nak suarakan kemahuannya, nak makan apa...kelmarin, tengahari dan petang bagi mee rebus jer, mea pun makan jerr...


(masa shopping, mea tukang jaga barang2 dalam troli, kira sama ada cukup ke tidak hehe..)
sempena cuti dua hari kelmarin, sempat la mea gi shopping baju tidur raya mea hehe..tapi semalam dah pakai wat tidur, bukan apa..baju tidur mea dah mengecil dan banyak dah tak leh pakai, kena la cari ganti yang lain, sian anak papa...tak lupa, mea tolong gak pilih2 kan baju adik mea nanti, beli la dulu sikt-sikit sebelum masa 'hadir' adik mea nanti, baru la tak kalut...

sekarang ni, papa dan ibu tengah menimbang sama ada nak bagi ibu dan mea tinggal terus kat kampung lepas raya ni or macamana...untuk capai tempoh due ada lagi sebulan pas raya ni sebab due 1.11, tapi dibimbangi 'adik mea' nak hadir awal, kut-kut la nak rasa bulan Syawal...masih sempat lagi...kalau boleh, kali ni nak bagi ibu mea bersalin kat kampung la, ada banyak pro dari kontra-nya...lagi pun, kat sini, takde sape nak jaga mea kalau ibu masuk wad huhu...maid indon yang muda dan cantik2 pun takde kih3...ini la pertimbangan yang banyak difikirkan khususnya oleh papa sebab nanti akan keseorangan dan kesunyian la papa lepas raya nanti, lama pulak tu, mesti rindu kat mea especially bila balik keje buka pintu, takde lagi la mea yang nak terkam suruh dukung huhu...apa pun, ni tengah fikir ni...fikir...fikir semasak-masaknya...

2 comments:

chekdenoor said...

wAH..... DAH NAK SAMBUT ORANG BARU NI......SAPA DULU...MALAYSIA BARU ATAU ORANG BARU........ HEHEHEHEHEH

Tinta Pendeta said...

Orang Baru dulu la kut hehe...Parlimen tak bersidang lagi ni...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin