bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, December 4, 2008

CatATaN ke DeLHi 3 - Monuments


ermm hensem gak papa dalam gambar ni hehe...ahaa nak kabo sini, papa memang terpegun semasa mula-mula melihat Taj Mahal dengan mata kepala sendiri...tapi tu la sayang 1000 kali sayang..ia dibina susah-susah hanyalah untuk kubur sahaja...masjid ada kat sebelah tapi kecik jer dan papa sempat solat kat masjid di sebelahnya!..papa waser, antara binaan moden dan lama, semasa datang sini..ternyata hebat dan besar binaan zaman silam lagi..mengapa gitu wahai muslim di india?


Best to be here! setelah melalui perjalanan berkereta selama 4 jam dari delhi..sampai la ke sini, agra dalam negeri uttar pradesh. Kos sewa kereta seorang dalam 3300 rupee seorang..kena katok di india kat delhi huhu...tiket nak masuk Taj Mahal pulak ialah 750 rupee bagi orang asing dan orang india just 10 rupee...tak aci betul! apa pun, kami puas!


bersama kami ni..mukesh, pelajar sarjana di university agra yang buat part time jadi pemandu pelancong utk kami..actually dia dibayar oleh agen yg kami sewa kereta tu..kira sekali harong la..respeknya kat mukesh ni, dok berenti bercakap citer tu citer ni..yg tak respeknya nak balik tu dia minta tipps jugok instead dah dibayar agn huhu...apa pun, banyak dia tahu pasal sejarah islam walaupun dia hindu!



monumen ni pula dikenali sikandra...yang dibina oleh Raja Akbar sebagai tempat pengebumiannya aka kubur la, bijak kan..belum mati dah bina kuburnya sendiri...dia la yang perkenalkan agama din-ilahi yg campur antara hindu-islam-kristian...unsur2 ketiga agama ni ada pada corak bangunan monumen ni..nak masuk sini kena 110 rupee dan indian people only 10 rupee...tak aci lagi!



ini pula Qutb Minar..tinggalan kerajaan Islam juga...ia adalah masjid, dan tiketnya 250 rupee manakala bagi india just 5 rupee...tak aci..tak aci lagi...replika monumen ni ada di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu hehe, macam Taj Mahal la...class gitu Ganu Kite!


last but not least ialah India Gate...kalau saper suka tengok citer hindustan..ada dalam citer "mann" di mana amir khan janji nak jumpa dgn manisha koirala di sini tapi dok jaddi sebab manisha xcden on the way ke sana dan putus kaki..hehehe...ala you all tengok sendiri la citer tu, papa tak minat sangat citer2 keling ni hahaha..


dan ini adalah house of parliment, comel macam kat Putrajaya...berbeza dgn area lain di delhi ni...di sini juga macam dunia yg terpisah drp bandar kat papa menginap tuh!


last and really the least is masjid jama' new delhi...besar masjid ni dan dibagitau oleh Rashid yang ia boleh muatkan lebih 30,000 orang...eh, ke 300,000..ermm tak pasti...tapi yg terbanyak la...papa tak solat kat sini sebab lantainya penuh dgn tahi burung merpati, kolah muduknya uhhh hijau berlumut...air paip pulak jauh dan ada orang tunggu nak minta tipps..tapi tu tak kisah lagi, yg kisahnya nak sampai ke tempat solat kaki..kaki mungkin terpijak najis burung huhu...

2 comments:

chekdenoor said...

wah bestnyer papa mea dapat g keje sambil melanchung........ luas pandangan dan banyak kenangan

Tinta Pendeta said...

nanti leh la kaknoor gi taj mahal skuarga..tapi hati2 dgn putar belit indian people hehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin