bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, December 8, 2008

Korbani yeh korbani..

Aidil adha atau hari raya korban adalah perayaan kedua umat Islam dan papa pun sebagaimana plan..balik kampung secara konvoi dgn kereta Cik Tuan Sira..kereta papa pulak ada teman iaitu studen yang tumpang nak turun kat Permaisuri..papa okay jer, janji papa ada teman bual bicara..sampai permaisuri, dapat ole-ole setabung tempoyak hehe..trimas w.ali..Plan raya haji tahun ni, papa nak buat aqiqah for darwisy di kemaman, tak buat kat manir sebab takde tenaga tukang masak huhu..takpe la, janji setel dengan beres...


haa..inilah lembunya yang termasuk dalam bahagian darwisy..seekor ni cukup semua anak menantu bak..tahun ni papa ambik 1 bahagian dulu, papa dok dang pitis..next year another part hehe..maklum la anak lelaki kena 2 bahagian...masa papa sampai kat tempat sembelih, lembu dah setel dikorbani...kelihatan abi mea (orange) tengah pegang kaki untuk dilapah tu...


papa pun tolong siang dan lapah isi daripada tulang..penat dan letih jugak sebab pisau yang dibawa tumpul..orang ramai pun tak berapa ada yang boleh tolong mempercepatkan proses ni sebab semua ada 18 ekor lembu untuk dikorbankan di sini di Taman Islam ni..so, not enough workers..masing2 berhempas pulas dengan lembu masing-2 dan nak jadi pulak set-set keluarga ni tak berapa pandai bab kerat dan potong daging ni hehe..

inilah majlis cukur rambut malam tu..ramai gak orang mari, habis gonjeng rambut darwisy kena gunting sikit sorang...nanti balik penang papa nak gondolkan terus hehe, baru perfect!


sehari sebelum tu..papa, ibu dan cik nah ke Kuantan bawa darwisy dan mea ke klinik pakar bagi bayi dan kanak-kanak...just to check pasai sembelit mea dan darwisy yang suka nangis malam...rupanya 'angin' ikut gen papa hu3..after klinik, singgah umah papa long sat untuk ziarah, lunch, rehat dan rawat..sempat la mea jumpa dengan kak yayah dia (bekas pengasuh)


sehari sebelum tu..papa lepak kat manir dulu dan inilah dia udang galah yang berjaya papa tangkap semasa pergi menjala kat pasar manir hehe...jala yang digunakan dalam ringgit malaysia jer hehe..haaa..udang galah sungai ni, so apa lagi papa borong la untuk santapan tengahari..ermmm..yummie!

2 comments:

chekdenoor said...

wahh....sedapnyer udang tu....masak sambal tumis petai.....sedapppp tu

Tinta Pendeta said...

memang itulah cara masak yg best tu!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin