Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Thursday, December 4, 2008
CatATaN ke DeLHi 2 - Fren of Mine
Sepanjang di New Delhi, bermacam ragam orang india dijumpai dan paling jelas budaya mereka amat berlandaskan "tips"..apa yang dibuat perlukan tips, sampaikan kos melepas yang dilakukan oleh papa di sana tidak kurang banyak..semuanya kerana tips. kalau tersalah beri duit lebih, atau kerana takde duit kecil, mereka akan anggap itulah "tips" mereka huhu...kena minta balance..india di india ni juga akan charge harga lain pada foreigner berbanding harga for indian people huhu..tahap berbelit mereka tidak kurang hebat sama ada india muslim or india hindu..tapi ada yang baik, seperti...
Ini Ghulam, adalah salah seorang pelajar Jawaharlal Nehru University yang dijumpai di sini..dia ni baik dan banyak tolong kami semasa mencari Zakir Hussein Institute di Universiti ini..dia adalah Muslim dari Negeri Bihar, boleh bercakap indonesia sebab dia buat minor bahasa tersebut dengan major dalam bidang tesol..
Ini pula Dr. Gyathri, pegawai penyelidik di institut ini dan antara committee seminar ini..dia punjabi rasanya dan very kind dengan belanja kami duit teksi selama 4 jam untuk round delhi...terkedu mulanya bila ingatkan dia panggil teksi untuk kami bayar, rupanya dia bayar sebab dia tak leh nak entertain kami...sonok guh papa waser hehe
haa..yang ni paling rapat dengan kami, namanya Md. Rashid..pemandu tut-tut yang dikenali semasa hire dia nak ke Connought Place, salah satu pusat kedai-kedai di delhi ni..so, oleh kerana dia okay, muslim lagi..keesokannya we hired him for the whole day...sampaikan ke airport pun dia hantar..dan sempat juga ke perkampungan dan rumahnya di pinggir delhi(makan capati dan kari kambing, yummie)
keluarga Md. Rashid...adik-adik dan maknya...di samping tut-tutnya kat belakang
ruang tamu rumah rashid...very simple...takde sofa just tilam...
hadapan masjid kat kampung rashid, perkampungan ni muslim...sempat la solat asar dan zohor (jamak)
perkampungan kat kg rashid ni..byk bangunan rumah tak diplaster..mungkin tak cukup duit...kata rashid kos sebuah rumah sini dalam 2 lakh..around 200,000 rupee!
adik bongsu rashid dan anak jirannya...budak ni dah tak sekolah, itulah yg diciterkan rashid yang orang islam di delhi kebanyakan mundur dan miskin, berbeza dgn islam di selatan india...kesian plak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment