Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Monday, January 19, 2009
CoRat-CoREt...
Lama dah papa nak tunjukkan kawan mea yang duk sebelah umah..ni namanya sofea, member rapat mea...umurnya dah 3-4 tahun rasanya...mea kalau tengok sofea duk main kat luar rumah, mesti mengamuk nak keluar jugak...kalau tak buka pintu, huhu...habis suara dia menjerit...tapi papa ajar ibu jangan layan sangat kalau waktu tak mengizinkan, nanti takde orang nak tengok-2-kan, kang kena colek, isyhhh susah nooo..hehe
ruang taman depan rumah..di seberang jalan luas jugak, dulu ada buaian tapi telah dilupuskan oleh jabatan pembangunan universiti akibat rosak, apa taknya...anak2 tuk arab yang sedang buat master/phd kat sini 'ligan' buai2 ni macam nak terbalik...sebijik macam budak2 kat gaza...ganas depa ni...
ni gambo terbaru adik mea, wish..sentiasa cool...dulu papa ingat lagi, masa mea kecik...kalau mea menangis lebih sikit..mesti ibu gabra dan suruh papa dukung, tapi untuk darwish ni..papa relaks jer hehe...ibu banyak handle..sebab mea asyik duk ngaruk dengan papa, not ibu...papa pulak asyik kuar jer hu3...kekadang kesian banyak kat ibu, walaupun duduk kat rumah, masa dan kerja full...banyak mende kena buat, now ada mek mah..leh la mek mah jaga wish sat untuk ibu masak..susah noo jadi ibu anak dua ni...
ni antara telatah mea, naik basikal dengan selipar dapur ibu..bila payah nak kayuh, dia menjerit marah..padahal..bukan salah orang lain pun...basikal pun tak salah, apatah lagi ibu, garang betul kak long mea ni! hehe...tak tau la 'menurun' ilmu siapa hehe...tengok tu pakai baju, seksi..nampak bahu...aurat tu mea!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
rindu kat mea dan...hmmm...nak gak tengok darwish in live......... balek kawin chek sanah nanti leh jumpa
hehe...insya' Allah chekde..
Post a Comment