Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Friday, January 16, 2009
HePpi BiRThDay IbU...
Selamat hari lahir dan selamat panjang umur ibu mea dan wish..ibu yang pertama celebrate birthday dalam kuarga kecil kami ni, bulan depan (febr) papa plok, bulan depan lagi (mac) mea ikuti dan wish paling lambat bulan oktober...tahun ni, ibu 'cukup umur' yang ke-29 tahun...tapi ini bukan bermakna ibu dah tua tau,siti nurhaliza yang tak cun tu lagi tua (30 tahun ni)...cuma compare dengan papa, papa muda lagi la hehe...
Hari lahir ibu menyaksikan kek dibelah nak kejar masa jer huhu...sian ke ibu, mea plak dengan tak malunya ingat kek birthday dia..so pada awalnya, berebut la siapa nak belah dulu..akhirnya depa ni berkompromi, sama-sama pakat pegang pisau belah hehe...
kekalutan ni sebab tarikh lahir ibu ni bersamaan tarikh pilihanraya kampus di usm ni, papa kena jadi pengurus dewan pengundian dan malamnya pulak jadi pengerusi meja kira undi, so start kul 8.00 pagi hingga la 12.00 malam papa kena bertugas huhu...nasib baik rumah dalam kampus, leh la cilok sat pi ambik kek yang ditempah, balik solat and wat acara belah kek...acara ibu kerkah kek pun tak sempat nak wat walaupun ibu dah mamoh doh bahagian dia hehe....
sebut pasal pilihanraya kampus ni, ini dah tahun ketiga papa terlibat dalam kiraan undi, dan kali pertama untuk urus proses pengundian...tugas selesai dilaksanakan tanpa bantahan, sebab kalau silap sikit student ni main nak bantah jer hehe..sama la zaman dulu papa kat UM tahun 94-98..ikut sekali pasang poster, banner dan ikut kempen ke kolej-kolej...semuanya kenangan yang best untuk diingati, so biar la depa ni berpolitik sat before keluar ke alam nyata...tapi jadi pengurus undi ni, boring dan boring sebab duduk kat situ jer...bab kira plak penat kalau silap kira, kena kira semula huhu...apa pun, tahniah kat kumpulan yang berjaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat hari jadi gak kepada ibu mea/darwish....heheheheheheheh
dapat hadiah apa ya.....hehehehehhe
hadiah ibu tak beli lagi...hadiah misteri la tu....he3
Post a Comment