bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, January 29, 2009

KaSih SaYaNg AnAk, CuCu..


(su joe, tokki dan ibu..ermm ragging nampak ibu mea ni!]

masa mula2 tokki dimasukkan ke wad, papa kata kat ibu.."kalau sampai jumaat tokki tak keluar lagi, kita balik la"..so, begitu la keputusannya walaupun orang kemaman kata tak payah balik sebab tokki dah pulih drpd lelahnya..pun begitu, jumaat malam tu..keputusan tak ler sebulat suara lagi, semua sms dari kampung macam kesian kat wish yang perlu menempuh perjalanan yang jauh...apa taknya, 10 jam perjalanan non-stop kalau betul2 pulun antara penang-kemaman, so kerana tak sungguh2 nak balik ni, sempat la we all keluar makan chicken chop kat pantai sea-gate skuarga plus maksu mah..kalau tidak, tentu malam tu..ibu sibuk dengan packing-macking bag..


[mea paling bergaya duduk di meja makan...makan kurang daripada 7 fries jer!]

pagi sabtu tu, papa call boss minta izin balik sebab kebetulannya minggu ni papa bertugas jaga desasiswa..mana tau jadi apa-apa kat desasiswa, jenuh la orang cari papa nanti..kali ni minta boss cover-line papa he3..sebab walaupun student sedang cuti break-sem tapi student sabah-sarawak dan foreigner such as indonesia masih ada..yang tak ingat nak balik pun ada maybe baru sibuk nak buat assignment yang tertunggak atau menjalankan aktiviti untuk next week-nya...boss papa memang baik, bila sebut jer tokki mea masuk wad, dia terus 'approve'..so papa pun arahkan ibu berkemas ler..."jom, kita balik!"...start kul 8 kumpul dan bungkus, kul 10 kita orang bertolak vroom tuju jambatan, grik, jeli....manir..esoknya, kemaman.


[mea ber'cekak rambut semasa melawat tokki...sekejap jer tengok tokki, pastu pusing satu wad huhu..]

plan papa nak bawa ibu ke Pekan Rabu terpaksa ditunda...bila2 masa leh pergi lagi tapi nilai kasih anak pada orang tuanya tak boleh dibeli dengan undurkan masa..masa ni la ibu, mea, wish dan papa kena berada di sisi tokki..walaupun 'di sisi' tu tak la bermakna "teppek"..namun, keberadaan di sana semasa saat2 ni amat mujarab tambah dapat menggembira dan menyihatkan tokki dengan lebih cepat..pengalaman papa dengan ayah papa, semasa ayah papa berada di wad tahun 2005 dulu masih segar lagi, senyum dan girang dia apabila tengok semua anak-anak pulang di saat dia menderita sakit, berlumba2 menawarkan diri nak menemani di waktu malam sekurang-kurangnya menjadi penawar seorang ayah yang sakit..bagi papa, inilah sumbangan kasih seorang anak yg paling murah dan mudah untuk menggembirakan seorang ayah....walaupun betapa dia garang, cengih dan tak bagi muka suatu waktu dahulu..tapi sebagai anak, kita berjaya pada hari ini hasil gubahan rangkuman sikap tersebut la..so, kena balik hehe! lagi pun kalau kena ayah papa, papa akan balik...inikan pula ayah ibu mea hehe..mana tau nanti giliran papa jadi tokki...mea kena balik tengok papa!


[ibu & mea bergaya belakang wish orang laen semasa atas feri..mengharap kehadiran wish sendiri hihi..]

cuma tak syoknya..hari kedua di kemaman papa kena sakit kepala bagai nak rak, aduss tak pernah sakit gini since wat phd dulu...tidur jer hampir 2 hari sedangkan balik nak tengok tokki sakit, now papa plak dapat sakit...alhamduliLlah hari nak balik tu sakit beransur pulih, kena gagahi jugak lawan supaya hasrat nak balik ke penang pagi khamis tidak terbengkalai...nanti hancus la meeting yang papa dah setkan dari awal (sebab asal tak plan nak balik)...sampai di penang, mea plak demam, selsema dan batuk..wish plak asyik nangis je kembung perut...mungkin travel terlalu lama kut, so boring dalam kereta...tadi silap lalu ikut feri...jem giler sebab ramai kaum cina masih beraya sakan huhu...cukup-cukup la raya tu!

[maksu mah posing atas feri...mea & wish tak tahan sebab angin kuat kat tengah laut]

3 comments:

chekdenoor said...

Insyaallah, Tokki akan panjang umur....... nak lihat mea dan darwish masuk sekolah....... dan cheklah dan hasanah nak ada anak-anak comel.....hmmmmm tokki...asyik mengira bilangan cucu....heheheheheh

Tinta Pendeta said...

Insya'Allah..berkat doa anak cucu, panjang umur, murah rezeki (dapat lagi cucu...) hehe...

hailiss8384_mira_L2S said...

assalamualaikum...cantik blog ni...teruskan...suka saya membacanya..sebuah kisah kehidupan yang amat bermakna...


p/s:kirim salam sama si baju merah ni...teringin nak berkenalan dgn si dia...saya org kelantan tapi masih belajar di Universiti Tenaga Nasional,BAngi.

dulu selalu jugak pergi USM penang sebab abang belajar math kat situ.sekarang dah lama xsinggah.

hailiss8384@gmail.com
@ 013-5013966.wassalam...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin