semalam, ustaz Ellias drp bhgn tamadun islam mengajak beberapa orang staf ppik ke dusun durian keluarganya, kebetulan papa free, so sementara pelajar phd yang janji nak jumpa tak sampai lagi dari lumut, maka papa ke sana dulu...dusun ni terletak di batu maung, di pulau ni jugak iaitu selepas area bayan lepas...best duk kat sini, ada durian, manggis, cempedak dan langsat...
papa dapat gak merasa kutip durian, kebetulan yang luruh semalam kut masih belum terkutip, ada 14-15 pokok durian kat sini...semua ada buah, murah rezeki tuan dusun ajak we all ke sini, dapat kutip dan dapat makan hehe..
haaa..jom makan pulut durian yang telah dibawa sekali, selera dr.nizam makan...papa dapat makan beberapa ulas dan lepas tibai pulut dengan santan sikit, terus 'full space'...maklum laa cc kecik...pastu kait buah manggis lak, kira aktiviti luar la ni hehe..
Us Ellias bercerita tentang asal-usul pokok durian hehe...takde laa, masa ni dah lepas makan dan selepas semua kekenyangan, maka lepa-lepak dan borak-borak jap tentang fungsi dan kepentingan dangau ni kepada pemilik kebun durian hehe...on the way balik, dapat lagi ole-ole untuk dibawa pulang ke ibu, mea dan wish...dapat jugak la ibu, mea dan wish merasa durian batu maung hehe...sodaaaappp! thanx kepada pemilik dusun dan dr.nizam sebab ajak tumpang kereta...hehe
2 comments:
durian lebih pos la tambah..hehe
boleh nak pos, tapi takut baham di posmen dulu...nak, mai duk sini saing dgn mea & wish!
Post a Comment