bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, September 16, 2009

CeRITa-CeRITi


CERITA 1: pagi semalam, lepas bersenang-lenang dalam ofis after meeting tetiba dapat call dari ibu yang gunakan no.phone umah jiran, sebabnya mea tertekan kunci tombol pintu depan sewaktu ibu kat luar rumah tengok-tengokkan pokok bunganya dan sapu laman..maka terkuncilah pintu dan terjadilah episod menangis di dalam rumah antara mea dan wish, mea menangis lebih kuat daripada wish, haiyyaa...patut kakak tolong tenangkan adik, tapi sebaliknya berlaku huhuhuuu...ibu takde arah nak masuk rumah, terpaksa la call papa..then, terkucu-kucu savior balik...dulu, papa ada letak spare-key kat luar rumah untuk elak incident gini tapi masa tu tak ler terjadi lagu ni...pasni kena letak balik la..

CERITA 2: pagi kelmarin,papa dapat sms daripada geng lama papa, classmate degree dulu yg suruh check emel, masa tu tengah que kat bank nak tukar duit raya, so dia suruh papa baca emel dia dulu..so, petang tu after masuk ofis (sebab tengahari tu ada sedikit aktiviti kelab staf), terbacalah emel ni:
"Salam Jash,...kawe email personal ni. kawe rasa ada bersalah dgn demo. hutang lapok yg dah berlapok2 puluh thn dulu agaknya. maaf lah jash kawe x terbayar dulu2. niat kawe nak byr doh 2-3 thn lepas tp malu plk. sempena bulang baik ni kawe nk byr lah. tp kawe dok ingt starang brape jumlah dia termasuk bunga sekali kot.hehehehe!!! demo kaabo deh dan bg no akaun sekali. kalu ada maybank lagi comel.blh tt terus. ok jash demo email deh....."
sukeenya papa...terus papa check diari 2001 untuk ascertain the accurate hutang tu, so dapat la RM300 duit papa kembali, lepas doh nak buat pasport baru hi3, thanx to my old fren..


CERITA 3: citer ni tak seronok sket iaitu berkaitan kereta wish papa, on the way balik dari Teluk Kumbar selepas menghantar sumbangan kelab staf kepada ibu tunggal terpilih sempena nak raya ni, wish papa telah digesel oleh sebuah van yang tiba-tiba tukar lorong yang sedang berlumba dengan satria...so, lebam la sket wish huhuu...geram waser, dan member yang duk sebelah suruh kejar tapi papa fikirkan keselamatan kami bertiga dalam kereta, so cool...sabar di Ramadhan moge-moge dapat keberkatan, walaupun confirm kereta dah tercalar! ini la sikap tak bertanggungjawab pengguna jalan raya, kalau depa excident masa tu patut jangan ada yang tolong...biar depa sndiri lak gi berlumba ke hospital pilih katil mana nak duduk...apakah??

3 comments:

saiful said...

dpt rm300 x yah la buat pasport..bg duit raya je kat aku..haha..

chekdenoor said...

Salam,

Selamat hari raya dan maaf jika ada bahasa chekdee yang menyinggong perasaan. Semuga di hari yang mulia ini, kita semua akan bergembira dan happy disamping keluarga tercinta.

Tinta Pendeta said...

sepu...duit raya apa lagi, bukan mu dah keroje? bak sini duit utk mea/wish hi3

chekdee..sama la kami pun mnyusun jari 20 hehe..mohon maaf jika ada tersilap...m.z.b.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin