bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, September 26, 2009

SeMingGU BerHaRi RaYer...


Ketupat daun palas terengganu...kesukaan ibu,papa dan mea...ini semasa kat rumah mak sedare papa kat manir, ramai sedare papa berbisness ketupat during Ramadhan dan seminggu selepas raya, maklum la skill 'orang lamer', sepupu papa ning pandai sorang membungkusnya, so papa borong untuk dibawa beraya ke Kemaman..gitu juga untuk dibawa pulang ke Penang nanti..


bila Hari Rayer..budaya ziarah sangat la bagus dan digalakkan, mengeratkan silaturrahim...ni semasa umah a.ma...bak dan mak tengah makan laksa penang tuh, ibu pun mamoh something...semasa di kemaman, sempat kitorang pi beraya di kijal, beserah dan felda neram 1...sementara di manir, sempat berayer di marang, kuala besut dan chalok...hai, sakan berjalan dari selatan ke utara...


haa...ni tengah belajar bakar sate semasa beraya kat kijal, sedap sate ni...tahun depan nak lagi..tekun kaklong & achik membantu 'mak kijal' membakar sate...(apakah???hehee..)


mea santai di bawah rumah di kemaman, iyer la kan..takkan nak berjalan jer..nak jugak sesekali rest-kan minda dengan main-main..papa jadi mangsa, kena tarik tangan untuk temankan mea ke bawah rumah, mungkin tak nak keseorangan..masa ni a.nwa dah balik ke r.panjang!


mea dan wish mandi kolam di beserah...jangan tengok lama-lama...mea segan! panas2 jalan best gak berendam...ibu tolong pegangkan wish...suka nau dengan air!


sempat juga kawan papa yang kerja kat dubai (orang cheras jer) datang beraya semasa papa kat kemaman...dia ni nak sangat makan sata dan otak-otak tapi masa dia datang raya ke-2, kedai sata dan otak2 masih bercuti raya...tak sempat nak sediakan menu best, jamu dengan sate dan ketupat ganu...best jugak tuh!


di manir, mea sempat berayer rumah to'nyang (moyang), ibu kepada ibu papa...tengok tuh! setabung kerepek bawang dipulunnya...memang kesukaan mea! mea bukan apa, nak tolong to'nyang habiskan kuih-muih dan kerepek ni..


di rumah di manir juga, papa and the geng kena masuk kerja sket iaitu pasang pagar yang dah reput, kebetulan ada 4 tenaga lelaki yang perkasa berkumpul serentak di cuti raya ni, we all pakat la baiki mana yang patut persekitaran rumah pusaka ni, maklum la hari biasa rumah ni tak bertuan, so security kena la tight to ensure everything selamat!



mea dan sepupunye di manir...bila berkumpul, gamat la satu rumah yang sebelumnya terdengar bunyi cicak sajer, apa pun mea dan wish nampak hepi dapat jumpa sanak saudara...besok dah nak balik penang, habis daa rayer...rumah ni akan kosong serentak besok pagi apabila we all sama-sama chow ke destinasi masing2...tunggu raya haji pula untuk berkumpul bersama!

2 comments:

chekdenoor said...

Ukhusssss....kita tak berjumpaaaaaaa........ duit raya mea dan wish..chekdee tinggalkan di kemaman...........rindu dengan mea dan wish.....serta adek kuuuuuuu ibu mea.........

Tinta Pendeta said...

iyer tak sempat jumpe..time kasih mea dan wish ucapkan atas ingatan duit raye he3..insyaAllah nanti leh jupe lagi...entah2 kat KL tapi tak tau bila nak pi lagi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin