Lama blog ni menyepi sebab papa kena gi Kursus Kepimpinan Pensyarah Muda anjuran Kem. Pengajian Tinggi dan Intan (Inst. Tadbiran Awam Negara) di Intan Sg. Petani sejak 21-26 oktober 2009. Walaupun nama 'pensyarah muda' tapi yang hadir ada yang dah berhidmat 10 tahun dan ada juga baru sebulan setengah dilantik, papa dah 3 tahun setengah..Huhuhuu...sedih nak tinggalkan mea, wish dan ibu 6 hari dan 5 malam tapi sudah diwajib-paksa, otherwise showcause letter to vc dengarnya huhuu...so, pergi jer laaa..ambil yang positif thinking and try to explore apa yang nak diberi...
ini kumpulan LDK papa kat sini..nama kumpulan kami "marjan" yang maksudnya permata/intan maklum la kursus kat sini [dari kanan duduk; Ust Shariman (UMK-Bahasa Arab), Dr. Abd Rashid (UTM-Kejuruteraan Elektrik), ZulHazrin (UM-Fizik), Faizal (UPNM-Kejuruteraan Mekanikal); berdiri dari kanan; Khamsi (UiTM-Ekonomi), Connie (UMK-B.Mandarin), Dr.Rohafiz (UUM-COB), Dr. Fatin (UTM-Pendidikan)]..kat sini walaupun papa nampak muda tapi papa paling tua dari segi umur...kumpulan kami juara game dalam LDK hehee...semua sporting, active and bijakk! antara pengisian ceramah ialah integriti, hubungan luar negara, kepimpinan, keselamatan negara dan protokol/istiadat..
ni semasa penutup semalam,semua happy sebab dah nak habis kursus..dah lama tinggalkan anak bini/laki masing-masing..papa pun rindu bangat doh kat wish, mea dan ibu, main tepon jer tak padan..aktiviti kembara pagi marin paling tough yang dibuat di Pengkalan Hulu..sejam lebih dari sini naik bas intan...kami dibawa jalan dalam gua itik dan gua gendang yang kedua-duanya gelap gelita sambil mengharungi air dari setakat merangkak hinggalah yang dalamnya hingga ke leher...haiyyaa, letih lesu badan dah ler kena paksa menyelam macam yang pernah papa buat kat student pimpin hihihii..now we all semua kena! lencunnn satu badannn...
Bersenam...jadi pembantu leader fren from sains sukan uitm duk depan, kami ikut jer hehee..
ativiti menaikkan bendera setinggi mungkin menggunakan sambungan paip dan sokongan tali dari segenap penjuru...we all berjaya 26 kaki jer! bimbang kut patah memandangkan tiang semakin tinggi semakin belok-belekor, maka we stop and nyanyi lagu negaraku! semua ni nak lahirkan semangat kerjasama antara kami, young lecturers although some of us not young anymore!
3 comments:
tak[pe, sesekali felo kolej pn kne basah gak..bru dpt rase apa yg student dpt mase kusus..hihihik
cara menaikan bendera tu sama je cara macam jiha kursus induksi tahun 2003...emmm teringat kisah lama..ahaks!
jiha...mungkin modul sama kut dari pihak intan/jpa...
sepu...kena paksa baru best huhuhuu...pastu kitorang pakat simbah air ke urusetia ratik! wawawaaaaa
Post a Comment