bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, November 8, 2009

DaH maSaNya..



habis bulan ni, maka genap 2 tahun la rasanya papa jadi penolong penggawa desasiswa aman damai, sekejap jer masa berlalu dan banyak jugak projek yang disertai..sampai ada yang tak menang tangan, ada yang ganggu time kerja dan tak kurang juga yang ganggu time tidur...rasanya dah sampai masa untuk papa fikirkan step seterusnya, takkan selama-lamanya nak bertapa di rumah usm ni..atau selama-lamanya berkecimpung dengan something yang tiada dalam kriteria menjadi "profesor" hehee...jadi, papa kena fikirkan suatu tempat yang selesa, milik sendiri, tiada sekatan untuk keluar research dan mempunyai masa kerja khusus tanpa ikatan "on call"...

lagi pula tak sampai 2 tahun lagi (2011) papa layak untuk cuti sabatikal, tahun depan dah boleh mohon untuk cuti 9 bulan..nak tak nak, untuk ke sabatikal hendaklah resign any post pentadbiran yang dipegang, so nak tak nak papa kena cari tempat untuk simpan alatan rumah ni yang semakin hari semakin bertambah...where to? entah la sabatikal nanti nak pergi mana, setakat ni 70% nak ke middle east, 60% nak ke west and 50% just stay kat malaysia...apa pun, papa kena fikirkan dari sekarang tempat bertapak seterusnya yang bebas daripada gangguan meeting pada malam hari, bebas daripada call kunci hilang, bebas daripada hujung minggu yang pack with programs...dan segalanya!


so, kena cari rumah...rumah sendiri yang sesuai untuk dikatakan tempat beristirahat dan cukup fasiliti untuk kami 4 beranak. Apa klasifikasi rumah kami akan datang sedang ditenung dan fikir...setakat ni rumah atas langit dah pernah tinggal, masih terkenang saat-saat berebut naik lif sambil tangan bimbit segala plastik tesco dsb..kalau nak balik kampung, 2-3 kali turun naik bawa barang ke kereta, dengan karenah jiran yang berkaraoke macam beruk mat yeh huhuuu....rumah atas tanah pun sedang tinggal, dengan porch dan garden yang bebas untuk basuh kereta dan tanam tanaman yang disukai, silap tak tutup langsir seisi rumah orang leh nampak...cuma rumah banglo dengan guard bersenapang M16 jer belum tinggal hihii...apakah? nak cari kat pulau ke kat seberang? apartmen ke teres ke banglo? nak cari kawasan melayu ke kawasan cina? nak rumah yang murah ke yang mahal? semua sedang menghantui benak papa kini...


apa yang penting, papa nak berhenti dah slow-slow bertugas kat desa ni, rancangannya sebelum sabatikal ni mai, i have to resign...rugi kalau tak pergi sabatikal sebab gaji dibayar penuh, dapat elaun sabatikal lagi, diberi tiket kalau ke oversea dan peluang ni akan lupus kalau tidak diambil, dah la tu..tak perlu mengajar for 9 months, plus cuti research 2 bulan dan cuti tahun 1 bulan = complete 1 year leh cuti keseluruhannya...walaupun cuti ni khusus untuk research namun berbaloi untuk menyiapkan seberapa banyak kajian yang tertunggak...justeru, persiapan kena buat dari sekarang supaya persediaan untuk cari/pindah rumah, mendapatkan lokasi idaman dan selamat dapat dicari dengan baik...dah masanya...

10 comments:

ROSHAIMIZAM said...

mari2 dok sg dua...he he...kiro jadi la tu beli rumah ha ha,buleh jiraNG wehhh

Tinta Pendeta said...

tak pasti lagi, tgh srabut pk nk letak mesin basuh mana lak heh...rumah kat arowana harga sama dgn seri murni cuma lbh kecik...esok penentuan, smga dpt 'ilham' terbaik dari-Nya.

ROSHAIMIZAM said...

kan ada wet kitchen blkg tu...demo dok perasang ko??kat arowana lmbt lagi tuhhh...dok dan 2011 tuhh he he

Tinta Pendeta said...

hehee...ada tp kut bau sambal...pikiaq biaq masak, tapi dah hmpir masak ni bey!

Wasatiah Gurlzz said...

kami akan merindui Dr. & keluarga biler Dr. sekeluarga dh tak der kat sini nnti...sob3...:-(

Tinta Pendeta said...

isyh hidayah nim, awk slalu camtu, bukan lari dri usm..just maybe lari dri aman-damai hehee...

Ibu dan Abah said...

baguihlah terpikir nak beli umah...nak tanya gok bilalah nak duk umah sendiri plok...anak dah bertambah...kete dah bertukar..gaji dah besor..umah je takdok lagi...yg penting jgn beli dua tingkat! penat weh!bukan saje nak kejor anak, kita sendiri pun akan penat turun naik 40x sari...

Tinta Pendeta said...

itu la jihaa duk terfikir termenung sari dua nim, mmg plan tak mo 2 tingkat..leloh kerabat sokmo..tp itu la pilihan yg ada sining...ingat nk psg escalator la kekgi hihiii...

Ibu dan Abah said...

pasang liflah, yang ada papan n tali boleh tarik dari atas..ahaks!jenuihlah berkejar kalu ada tangga...7 keturunan pun belum habis nak main khabak tangga sokmo!

Tinta Pendeta said...

yg tu kodi sgt tp kos paling murah hehee...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin