bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, November 9, 2009

GoTonG RoYoNg


dalam kefeningan mencari aset sendiri yang kekal dan terjamin, papa dan mea tidak lupa untuk mengemas laman depan-sisi rumah ni yang semakin semak..dengan anak pinang yang semakin merimbun, dedaun pisang yang dah tua dan kering, pokok bunga kertas yang dah membiak jadi ber-rim-rim dah sehingga senget pagar dibuatnya, serta pokok liar yang menjalar di atas pagar yang memburukkan suasana...maka petang ahad baru-baru ni, selepas jalan-jalan kat bukit jambul dan makan laksa di pantai sea-gate..dengan kekuatan daya yang ada, maka papa sambil ditemani mea mengamuk sakan sehingga jadi terang macam kat atas tuh...projek gotong-royong dua beranak, ibu tak leh join sebab kawal wish yang asyik nak keluar jugak jer..

selepas nim, sure we will missed semua ni sebab "mungkin" tapak baru we all (entah bila dan mana la agaknya) kut-kut takde tanah...kalau ada pun dalam pasu-pasu bunga...susah la nak dapatkan serai, daun pisang, daun kari, daun pandan, daun kemangin dan cili padi pasni...semuanya kena beli kut-kut, even nyiur muda kat sebelah rumah ni yang sedang elok untuk diminum airnya...hai lama dah tak wat projek minum air nyiur muda, leh kut untuk dilaksanakan esok lusa...

2 comments:

[nad] said...

salam..
uncle nk pindah ke??
:D
bila2.??
hehehe..
xsabar nk p penang pas spm..
ngeh ngeh ngeh..
spm pn x mule lg..
:)

Tinta Pendeta said...

yayah..
sempat la awak spm dulu, leh tlg angkut brg lak cam dolu2..hehehe..
tp lambat lg..kot2 awak dah masuk maktab..huhu...
umah pun tak siap lagi semek...
mea baru wat plan umah..
ibu dah survey kitchen IKEA..wakaka...pening ar papa...
anyway, gud luck in ur SPM..
:)
-ateh-

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin