bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, November 28, 2009

Salam Idul Adha 1430H


Selamat 'Idul Adha..raya korban kali ni papa dan kuarga sambut di Kg Tetambah, Manir..tahun ni dalam adik beradik papa, only papa yang masuk sembelihan iaitu buat ngekoh (aqiqah) untuk wish...manakala tok sedare mea ambik 2 bahagian..so rumah pusaka ayah papa ni penuh rumbu la pada hari raya kali ni dimulai kuarga mcikngah mea yang sampai awal sekali dalam 7 pm (so kena basuh tahi cicak hehee) pada malam raya tuh, diikuti rapat kuarga mciknor jam 10.30pm, kuarga mea kul 11.00pm, kuarga yolong kul 12.00pm dan kuarga mcikyah kul 12.30am...semua kelewatan kerana jem...pcik pu sampai last sekali kul 7.30am pagi raya sebab naik bas...


"satu untuk kau, satu untuk aku!"...isyhh, 4 beradik ni duk bahagi tulang rusuk nampaknya, biar adil dan saksama yea..seronoknya, semua adik beradik papa berkumpul serentak di pagi raya ni, gotong royong melapah lembu and then wat balik untuk dibahagikan kepada sedara-mara dan orang susah...walaupun daging aqiqah ni sunat dimasak, tapi memandangkan kami semua orang muda, tiada orang tua dalam kuarga ni maka wat senang la bahagi yang mentah2 jer..so tengahari tu masak dan makan ramai2, macam-macam jenis daging lembu yang ada, termasuk laa...


otak lembu! ini adalah hak ayahlong mea...oleh kerana semua orang tak nak ambik kepala dan kaki, maka ayahlong mea ambik semua juzuk tu untuk wat balik untuk diproses...ayahngah mea plak kumpul 'batu' lembu untuk wat ubat dedah...hihii, macam2 yang depa ni makan daripada organ lembu nim...


ini pula proses menyahkan perut hitam ke perut putih dengan mencampuri kapur simen...nampaknya bukan anggur sahaja yang dipijak2 omputih untuk dibuat arak, perut lembu juga sedemikian huhuuu...akibat kes ini, papa tidak berapa nak jamah lauk perut lembu kali ini, bukan apa...takut termamah bulu roma betis ayahlong hahahaaa....mulanya semua tak mo ambik perut, sebab renyah nak uruskan tapi sebab mak sedare nak sikit untuk wat masuk dalam masakan kenduri arwah dia, so ayahlong amik dan tolong uruskan laa...maknanya semua orang tolong-menolong uruskan daging dan organ ni..


so, semua kepenatan dan antara yang keletihan dan tertidur akibat kerja keras sepanjang pagi ini ialah kak sepupu mea, syamimi..entah la sama ada sebab kuat kerja or kuat main, maklum la...ramai sepupu berkumpul sekali..setiap ruang tamu rumah ayah papa penuh malam raya tuh!

4 comments:

saiful said...

tp nape x de gambar papa mea ek?
sbenarnya tolong ke x?haha..

Tinta Pendeta said...

papa mea/wish tolong sembelih daa...pastu tunggu nak makan jer..

Ibu dan Abah said...

best kn suasana raya korban d kg!naik jemu ar smggu mkn dging

Tinta Pendeta said...

memang best jiha, cuma tak sempat muak makan daging, nak wat panggang garam kunyit pun tak sempat huhuuu...sibuk ke lain jer...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin