Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Thursday, March 18, 2010
TetaMu BeseRaH
Keluarga Taman Beserah sampai juga di rumah kami hari selasa lepas, untuk meninjau-ninjau area Penang pula. Sebenarnya takde apa sangat di Pulau Pinang ni melainkan beberapa tempat sahaja...dan mea sekeluarga membawa keluarga beserah jalan-jalan ke akuarium penang, pasar chowrasta untuk membeli jeruk, baju dan buku, berkelah di feringghi beach, solat di masjid terapung tanjung bungah dan tak lupa makan mee udang dan rfc (radix fried chicken) di dua sungai yang berbeza iaitu sg. dua dan sg. petani.
1. akuarium penang di batu maung. drive ke sini menggunakan gps ayahchik, wow! terus papa terkenan nak beli jugak, cuma malangnya..hari rabu akuarium adalah hari off untuk masuk dalam dewan pameran, so main kat luar jer hu3.
2. nasi kandar 'line clear', walaupun kedai ni tepi lorong gitu-gitu jer, 'line clear' dah masuk jalan2 cari makan tv3 tau..di sini, kami bungkus jer untuk makan di tepi pantai..kire berkelah makan nasi briani laa, cuma pedas laa lauknya, tak berapa clear jugak la kalu macam ni!
3. berkelah di batu feringghi...sempat la makan-makan, pekena air nyiur muda, mandi laut dan budak2 main pasir..korek jangan tak korekk...ibu jadi penunjuk-cara, ahaks!
4. sebelum terlupa, pekena radix fried chicken di sg. petani..maklum la yang datang ni adalah orang kuat hpa...so, jangan main-main...mesti beli hpa sokmo hehee..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
waaahhh...bestnyeee..
nwar, cantik baju. hik hik hik.
nwa la best, byk dpt baju baru..hik hik hik
wahhh...ibu dh pakai aryani skg...cayaaa la ibu...:))
Post a Comment