bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, April 26, 2010

MasaK diHuJuNg MinGGU

Saat bila boring di hujung minggu, tiada apa yang istimewa nak buat melainkan sesi masak-memasak. fikirkan apa lauk yang nak dimakan, ke pasar for ingredients then balik 'buat' esp. lauk yang jarang dapat makan, biwi plak tak tau nak buat lagu mana, maka berdasarkan intuisi yang ada, buat saja..janji ada warna dan rasa ala-ala yang pernah dimakan dulu! kalau balik kampung pun, menu yang terngiang di kepala ni tidak terkabul dek kerana ibu papa dah meninggal dunia hu3...so, 'buat' saja...nak suruh adik-kakak pun, depa seme ada suami masing2 yang perlu dipenuhi kehendak menu masing2, maklum la keluarga sendiri2, so sendiri mau ingat la heh3...

actually if nak compare masakan manir dan kemaman ada perbezaannya...masakan manir more to santan, bersayur sama ada sayur putih, ulam or goreng, kadangkala need cat-fish, patin dan aneka gulai as gulai terung, daging + lemak, sup tulang, gulai tenggiri masin dan gulai layer chicken...manakala masakan kemaman kurang santan dan sayur, biasanya ada tumis air, singgang merah [sedap nim], gulai daging/ayam, masak merah 3 rasa, goreng2 ikan, ayam, ikan kerisi dan sup...biasanya lauk yang 'sivik' la dan takde inner-inner part or ikan darat yang maybe ada rasa ke'hanyir'an [mesti ada orang southern yg tak setuju dgn kenyataan papa nim hehe]...ada juga lauk yang hampir sama seperti gulai ayam/daging cuma bezanya daripada segi rempah yg digunakan dan kekerapan masakan bersantan di southern ni kurang sedikit berbanding di northern area he3...mungkin jaga kolesterol hehee..jadi mula-mula dulu adalah keketaraannya dalam menghadapi menu pada masa mula-mula papa check-in kat kg besut, dan mula-mulanya kala ibu datang hidup bersama berasingan daripada keluarga...hingga kini ibu dah hampir tahu kegemaran papa dan lauk yang membolehkan papa tambah makan nasi heh3...instead of must have 'budu'...so, minggu baru ni papa uruskan this inner part of daging...


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin