walaupun peserta2 yang berminat untuk ke famili day @the lost world of tambun, ipoh memenuhi 1 bas shj, papa as chief organiser aka pengarah dah puashati..dapat jugak jalankan 1 program untuk staf ppik sekalipun sokongan daripada ramai staf esp staf akademik sangat tak best..datang for free pun tak mau! rugi...rugi korang...nasib baik staf sokongan banyak berikan sokongan, patut la nama post depa staf sokongan he3. sebenarnya pada awalnya papa mau kansel jer program ni bila mana nama yang dihimpun tak berapa ramai, tapi memikirkan 'buat apa nak ramai2' hehe..maka kita buat cara tak ramai..tapi bila tengok team lain yang juga datang berfamili day di sini, berbondong-bondong..maka papa simpulkan ppik masih lemah dalam hal ehwal kekeluargaan, ramai yang cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, nak bentuk 'team' tapi 'team' yang mudah macam ni pun tak mampu melibatkan diri...aik, macam meluahkan perasaan pulak hi3, lupakan..lupakan, janji program dah tamat.
so yang happy tentunya di kecik dan mereka yang datang hehe...apa taknya, bila sampai semua cepat-cepat tukar baju sedangkan acara ceramah 'team-building' oleh Pak Wan Khair baru nak start..semua anak-anak tak sabau nak mandi, even ada yang masih seronok bermain air bila time orang dah berjalan balik untuk berkumpul kat bas...nasib baik mea tak buat hal nak mandi lama-lama, cuma di awalnya mea excited nak main gelongsor air, bila papa bawa gelongsor..ermm takut plak dia ha3, apa pun perjalanan 2 jam pulang ipoh-penang tidak memengantukkan papa apabila menyedari budak2 ni berjaya dibawa berseronok dan program papa settle diuruskan walaupun tak sehebat mana he3...so next program bagi kelab kebajikan & sosial ppik ialah lawatan ke jakarta/bandung. tunggu la laporannya november ini. setakat ini peserta memberangsangkan, semua nak shopping and jalan-jalan.