bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, June 21, 2010

CataTan ke FrankFurT


perjalanan ke frankfurt malam selasa lepas sungguh tidak selesa setelah lama tidak melalui penerbangan jauh, maklum la tidur dalam keadaan sempit dan menyakitkan pinggang..frankfurt dekat sedikit dari london, penerbangan hanya 12 jam 15 minit sahaja berbanding 14 jam ke london...imigresen jerman sangat mudah, just cop visa per-entry tanpa tanya apa-apa, very good..cuma hotel yang kami book just boleh check-in kul 3.00pm, so simpan dulu beg di hotel dan keluar semula jalan-jalan round city. maklum la jam baru dalam 10.30 am.


di sini ada 4 jenis pengangkutan awam iaitu tram (macam kat atas ni), underground, sub-way train, teksi dan bas..oleh kerana di hotel ni papa bertiga, maka kami beli group travel card for one day yang boleh naik sebanyak mana nak naik ke mana-mana destinasi dalam area city ni for just 9.50 euro. masalah kat sini yg besar ialah penggunaan bahasa inggeris yg terhad, dan papan tanda, announcement dan kenyataan boleh dikatakan 90% dalam bahasa jerman, dan rakyatnya ramai yang tak fasih inggeris...sukar la sedikit untuk tanya jalan dan direction hu3. bagaimanapun budaya percaya-mempercayai tinggi di mana tiada langsung tempat touch-ticket untuk naik underground, tram dan bas,tapi bila spot-check tiket maka kompaun bagi yg tiada tiket pun berbaloi iaitu 40 euro he3, baru kome ingat, ahaks!


untuk ke kampus westend (sebut west-end), university of frankfurt papa and d gang terpaksa naik tram no. 17, then tukar ambik underground U4 dan diakhiri dengan bas no. 36..masa yg diambil dalam 35-40 minit saja untuk sampai ke kampus sebab sekejap2 ada je pengangkutan dia, excellent! ini semua kerana tak tahu kedudukan hotel dengan kampus masa book online dari penang aritu sama ada jauh atau dekat, bagaimanapun bagus jugak sebab meluaskan pemandangan kami mengenai sistem dan pemandangan di sini.


info yang penting jugak untuk di-share ialah pasai makanan. yang halal banyak jugak cuma kat area city centre, sekitar hauptbahnhof (sekitar train station). di sini ramai turki, pakistan, lebanon dll seumpamanya, and even we all jumpa kedai thai muslim. pasaraya pun kalau di area ni banyak jual daging halal. bagaimanapun, 1st day di sini we all masak apabila ada geng dari usm-kb bawa beras dan barangan nasi kerabu termasuk la budu hehee...so makan nasi kerabu la malam tu di frankfurt hehe..malam2 lain makan kebab dan briani jer yg banyak kat city. makan tengahari makan daun-daun (salad) dan kentang kat campus, bila habis seminar we all meronda city till gelap datang, sebab summer maka dalam 9.30 malam baru acu nak gelap...jadi amsa jalan-jalan panjang la, cuma kebanyak kedai dah tutup around 8.00 pm eventhough hari masih cerah! biasa la mat saleh..malas nak berniaga.


sampai kena kejar kat t-rex masa jalan punya-punya jalan sekitar frankfurt...tapi akhirnya t-rex tewas jadi rangka, ahaks! ambik kau! semua ni di natural history muzium yg ditulis dalam map sbg. senckenberg museum, so kalu takde orang bagitau..mana kan dapat cari hu3..inilah sukarnya di sini..bahasa3


sian t-rex kalah kejar papa he3...kat sini tempat shopping yg happening adalah sekitar hauptwache dan konstablerwatche..tahu sini bila terjumpa masa 1st day yg main redah jer he3...pastu bila tanya orang kat kampus esoknya, confirm la area sini jer...harga baju t-shirt mahal2 kalau convert duit kite, dalam 20-60 euro, tapi baju kot murah plak dalam 30 je sepasang..pelik-pelik...apa pun, rasanya kalau nak datang sini, dalam 3 hari ni cukup dah hehe sebab takde apa sangat di sini berdasarkan 3 hari memori di frankfurt ni..maybe berlin ada penarik lain utk papa discover next time...gambar-gambar lain boleh tengok dalam facebook papa yang akan diupload lagi...so kpd sesiapa yang berminat diucapkan selamat ke sana! nistahallestella..

5 comments:

saiful said...

jln sakan noh...good!

Tinta Pendeta said...

selagi ada peluang, rembat beb!

Wasatiah Gurlzz said...

hahahaha, kesian t-rex jd mangsa eksploitasi dlm blog Dr.hahahaha...

ssh tak nk berkomunikasi ngan org kat sna?..hmmm

NURILMA DALILA said...

bahagia sungguh Dr kiter....haha

Tinta Pendeta said...

Hidayah: komunikasi ayam-itik la aritu sekali bila tanya mcmana nak ke airport by train?

Ust. Amiruddin: welcome to visit!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin