bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, October 15, 2010

PeMoTonG RuMPut

Tentu anda semua pernah tengok pemotong rumput sebegini sama ada kat sekolah, tepi jalan atau tepi highway. Meraka adalah manusia biasa sahaja, yang telah membuatkan papa marah beberapa hari ini. Bukan apa...
Papa cuma geram kat pemotong rumput ni yang buat kerja cakduh!..habis 2 pokok cili padi papa dipotong semalam. Papa sedar bila malamnya nak pi petik lada buat sambal belacan huhuhuu..."sampai ati kome! esei tanam susah2..kome main libas koksir je!". Padahal papa dah bersihkan rumput sekeliling pokok tu..ni mesti main libas kiri-kanan tanpa hati-hati. hai geram betul! kalau ada lagi kat situ dah papa sound dah (kalau papa berani hihi)...maklum la depa ni ramai, mari sepuak dalam 5-6 orang untuk cover area rumah-rumah staf belakang ni...tinggal sepokok saja lagi, dah la benih yg disemai belum menunjukkan tanda-tanda bertunas lagi...ni semua salah pemotong rumput yang tak ingat modul kursus iaitu berhati-hati ketika melibas supaya tidak merosakkan tanam-tanaman orang lain.

4 comments:

Wasatiah Gurlzz said...

hahaha..mcm2...Dr, 'cakduh' & 'koksir tuh apa'?

saiful said...

p la cari benih baru..hehe..

Tinta Pendeta said...

cakduh tu maknya tebolas...koksir pula ialah kut-dang jer..

benih sedang disemai lagi dan lagi..

chekdenoor said...

hahahah...... sure sambal belacan tak adalah untuk menu makan tengahari tuk dua tiga minggu ..... hehehe.... beli cili kat pasar ler

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin