Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, October 25, 2010

LasT KuLiaH

minggu ni adalah minggu last kuliah and next week studen dah masuk study week...tadi merupakan kuliah terakhir papa untuk semester ini, feel so relief khususnya dalam bab bercakap ni...maklum la tekak ni masih menggatal, nak cakap banyak pun terganggu..koh..koh..hingga saat ini dah 3 botol ubat batuk dan 2 kali antibiotik, 3 bungkus strepsils, 2 botol vitamin C dan 2 tablet ubat selsema sudah dihadam...namun, batuk belum kebah sepenuhnya. Harapnya dengan habiskan sesi bercakap ini, tekak papa akan semakin better...cuma mea & wish pulak stat demam malam tadi, mungkin sebab main panas!
.
actually tak tau nak citer apa ni, tapi saja nak taip gak sesuatu before stat marking assignment yg menimbun tu. aritu bukan main bagi dead-line awal kat studen tapi markingnya belum stat pun lagi. sebenarnya bukan apa, ini adalah strategi hehee...biar studen berdisiplin dan menepati waktu, pensyarah takpe...kitorang banyak kekangan dan priority lain hi3...biasanya masa study week ini la yang sesuai untuk marking assignment, tiada gangguan lain dan fokus pada penat lelah studen dapat dihayati dengan sebaiknya.

Thursday, October 21, 2010

KeRetaKu

baru balik baiki kerete..nak masuk gear jadi payah..ketat..puas tonyoh, sugung dan rodok...dok berapa nak gi ke depan kalau gear 1 tu..so tadi gi jumpa doktor kereta la..rupanya ada bocor minyak gear kat kedua-dua panel gear...tengah check kat mane bocor tu, pomen jumpa getah air yang sudah kembang dan rosak, syor suruh ganti lain..so ganti laa..pastu 2 tayar depan yang dah botak termasuk tayar spare yang bocor aritu belum diletak semula, dibuat jugak..so kat situ pulak...pastu absorber la...semua tube getah kembang la..minyak clutch laa...isshh banyak nau doktor ni jumpa penyakit...papa kata, "sabar...satu-persatu...jangan korang habiskan bonus yang ciput ini dan belum dapat ni pada hari ni juga...tunggu lain kali la plak!"...hehee
.
ini pun antara benda yang berserabut dalam kepala ni yang step-by-step cuba disetelkan oleh papa in peacemeal...lama-lama hilang la serabut ini. selagi tidak disetel, selagi itu ia terngiang-ngiang dan berdesing minta disetelkan...itu la kisahnya.

BerSeraBuT

Bila difikirkan berserabut..berkecamuk..memang berserabut. Banyak weh benda yang duk dalam kepala ni especially bila pitis dok banyok hehee..kalau pitis banyak..best, tension jer pi shopping yang class-class dan branded-branded, sure dapat hiburkan keserabutan ini. Bila pikir kerja plak, uisshhh..banyaknya benda tak terbaca..semua orang nak cepat...bagi berpage-page yang di-koghaa dengan macam-macam..ada yang menjadi dan ada yang layak di tong sampahkan (tak pernah buat pun). Pastu bila difikirkan KPI, macam-macam laporan orang tu nak, orang ni nak...sesekali nak tanya, "boleh tak korang mai check dan wat sendiri!" (tapi tak terkata).
.
Baca draf tesis bapak indon dua haru ni plak terase macam duduk di indon jap, pastu sedar balik..rupanya masih kat Penang hehee...bakpe la bapak ni yang study di Penang masih menulis lahjah indon...rasanya aritu dah ambik kursus BM LKM400... tapi tak insaf-insaf...dah la den nak faham susah bapak citer, citer plak macam berita siaran tergendala jer...terlompat situ, terlompat sini, pastu pi lompat situ balik..aleh-aleh papa yang melompat gi check fb tak tahan gereemmm...
.
so, tulisan ni ialah semata-mata melepaskan GERAM. Sekian, terima kasih hehee..

Friday, October 15, 2010

PeMoTonG RuMPut

Tentu anda semua pernah tengok pemotong rumput sebegini sama ada kat sekolah, tepi jalan atau tepi highway. Meraka adalah manusia biasa sahaja, yang telah membuatkan papa marah beberapa hari ini. Bukan apa...
Papa cuma geram kat pemotong rumput ni yang buat kerja cakduh!..habis 2 pokok cili padi papa dipotong semalam. Papa sedar bila malamnya nak pi petik lada buat sambal belacan huhuhuu..."sampai ati kome! esei tanam susah2..kome main libas koksir je!". Padahal papa dah bersihkan rumput sekeliling pokok tu..ni mesti main libas kiri-kanan tanpa hati-hati. hai geram betul! kalau ada lagi kat situ dah papa sound dah (kalau papa berani hihi)...maklum la depa ni ramai, mari sepuak dalam 5-6 orang untuk cover area rumah-rumah staf belakang ni...tinggal sepokok saja lagi, dah la benih yg disemai belum menunjukkan tanda-tanda bertunas lagi...ni semua salah pemotong rumput yang tak ingat modul kursus iaitu berhati-hati ketika melibas supaya tidak merosakkan tanam-tanaman orang lain.

Wednesday, October 13, 2010

Ala ruMahKu...



ermmm...progres menyiapkan rumah untuk diduduki dah beberapa minggu terbengkalai, ia bukan sahaja disebabkan pemilik rumah terlalu sibuk dengan aktiviti lain, bahkan ia juga disebabkan akaun simpanan sudah semakin hampir kehabisan, tempoh yang ada hanya kurang lebih 2 bulan sahaja lagi untuk masuk dan duduk...ermm sempat ker? rasanya nak buat yang utama dulu tapi apa yang utama (al-awlawiyyat) tu masih blurrrr huhuhuuu....
.
apa yang utama dalam kepala ni kadangkala bertukar-tukar...sama ada nak buat pagar dulu, or nak penuhkan rumah dengan pelbagai perabot yg still kosong esp. katil dan lembek, or nak buat tile parking, or nak buat tambahan owning? which which is my priority sering bertukar-ganti...apa pun, hujung minggu ni papa free hehee...projek pelajar minggu depan plop, so plannya nak gi tengok langsir rumah saing kat Kulim..kalau comel dan lote...papa nak ambik orang yang dia tempah la buat langsir kat sini ratik yang masih togel...segan la plok nak tutup dengan helaian akhbar je sliding ni kih3 (jangan marah jika ada jiran selang sebuah rumah terasa terkena hi3)...ada orang kata kain langsir mesti sama dengan kaler dinding...ermmmm...tak boleh ker nak wat kaler ceroh sket, biar tambah sinar pada feature wall yang kusam itu? nanti la tanya pada yang pakar...this is not my expertise area! I have to consult somebody...or anybody out there ada idea bernas dan lawa?

Friday, October 8, 2010

SabaTiKal

"Tarikh tutup untuk permohonan sabatikal ada 7 hari lagi!. Jawapan daripada universiti yang ingin dikunjungi belum mendapat maklumbalas. Betulkah keputusan ini? Betul ke aku nak pergi ni? Kalau betul. mestikah 9 bulan?" Inilah persoalan yang bermain-main di benak ini beberapa minggu kebelakangan ini. Nasib baik kerani bagitau yang memadai disertakan borang permohonan yang dihantar sebagai tanda telah memohon. So, papa tak kisah la macam ni.
.
Apa dia sabatikal itu korang cari sendiri hehee...tapi bagi pensyarah, ini la peluang dan ruang untuk menarik nafas baru di tempat baru...tapi masih meneruskan rutin yang sama dalam dunia akademik ini iaitu sama ada "you publish or you perish!" Tau takpe...Harapnya, ini la keputusan terbaik sekalipun kos kewangan sedikit menggugat di kala itu, maklum la plan nak bawa seisi keluarga.

Wednesday, October 6, 2010

InTerVieW

ermm lama tak kena interview, sejak menjawat jawatan tetap ni...tapi arini papa pilih untuk pergi interview...nak kata interview kerja, memang kena wat kerja...nak kata interview tukar kerja, masih kena kerja kat sini...aaah tak kisah la apa dia, yang penting....ia dapat cover apa yang tak ter'cover...yang sekarang masih mencukupi, cuma biasa laa, nak ada lebih sikit..baru nak bagi nyucur senang hehee...mungkin ia sebagai timbal-ganti pada keputusan untuk keluar daripada rumah staf ini yang tempoh hayatnya dalam 2 bulan lebih saja lagi...maklum la, keputusan untuk stop berkhidmat di asrama semacam sudah tegar di hati...maka nanti kos petrol dan tol akan naik 4 kali ganda (sebab 4 minggu dalam sebulan)...maka berbaloi la papa pilih untuk tambah buat kerja senang ni hehee...
.
apa pun, ini semua adalah plan awal..back up agenda...masih rahsia. mea dan wish masih belum tahu...ibu mea pun tak tahu rasanya, walaupun dia boleh agak...

Sunday, October 3, 2010

CerPen...Cerita Pendek


Hampir ke semua kami terkena selsema dan batuk...sakit tekak. Pun begitu, kami sempat ke Jitra, Kem Paya Pahlawan dan bermalam. Tamat cerita ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin