Kak Mea pun nak bela arnab. Kak Mea faham dan setuju dengan kata-kata suami ibu yang masih terngiang-ngiang di telinga, "daging arnab harus dimakan". Malah Kak Mea pernah makan burger daging arnab satu ketika dulu.
.
Petang semalam, Kak Mea nekad. Tanah di belakang rumah dibersihkan dan pokok-pokok kecil ditebas dan ditebang. Kak Mea turut pelawa Awis untuk turut serta menolongnya. Awis pun akur dan taat. Akhirnya, kosong dan lengang. Di sinilah nanti akan didirikan kandangan arnabku, getus Kak Mea. Kak Mea puas hati. Sangat puas hati dengan kerja-kerja awalnya. Apa yang dihajati tentu akan dapat dilaksanakan nanti. Nanti Kak Mea akan suruh papa buat kandang yang kukuh untuk arnab. Kak Mea nak kandang itu bersegi empat, ada atap dan ada dua bilik. Satu untuk tempat tidur dan satu untuk ruang makan dan main. Mesti arnab akan selesa. Kak Mea senyum sendirian, alhamduliLlah tak nampak macam gigi arnab sebab gigi Kak Mea kemas dan sama besar.
.
Kak Mea sedang berfikir untuk bagi makan kat arnab Kak Mea. Nanti akan ada 4 ekor arnab. 2 pasang, masing-masing ada jantan dan betina. Kak Mea tak nak arnab-arnab ini kesunyian tanpa teman. Dan tentu sekali tak mahu mereka kelaparan. Kak Mea kesian kat papa sebab pagi tadi papa tertinggal bekal yang ibu dah siapkan. Tentu papa tak dapat makan tengahari nanti. Tentu juga ibu akan habiskan bekalan papa. Itulah cerita sebenarnya post kali ini hehee...papa tertinggal bekal rupanya. Suspen betul!
1 comment:
tertinggal bekal, p la cafe..hehe..
Post a Comment