bulan februari ni, ada dua mawlid a.k.a birthday untuk disambut iaitu mawlid al-rasul dan mawlid al-papa....myself la hehee...dan atas ni ialah semasa berceramah di SMK Sg. Nibong...kerana dah malu-mata dengan jiran lama yang selalu ajak papa untuk berceramah, dan selalu itulah papa tolak dengan pelbagai alasan, kali ni tak tau lagi macam mana nak menolak, maka dengan ikhlas yang sesungguhnya papa beranikan diri...actually bukan tak berani nak bercakap di khalayak ramai, sebab memang itulah profesion papa...namun kerana dikacau-ganggu oleh 'morning sickness' yang melampau apabila berdepan dengan tugasan baru, maka papa biasanya cuba mengelak selagi terdaya, kerana yang terseksa mengharungi ini semua ialah myself sendiri....walaupun tidak dinafikan tugas ini mulia to disseminate knowledge tapi masing2 ada kekangan yang tersendiri yang hanya difahami oleh individu yang terdekat dengan papa, for me you can't do everything, sesetengah orang have their own limitation...so yang tak tahu papa punya limitation tu..maknanya tak dekat lagi la dengan papa...hehee...
.
dalam menelusuri sambutan mawlid al-rasul nim, persoalan yang ditimbulkan ialah ia tidak disambut oleh Rasulullah saw...hingga menjadikan sambutan ini bid'ah...papa kurang menyokong gagasan ini bergantung kepada bagaimana perspektif kita terhadap sambutan ini...maklumlah di akhir zaman ini, manusia semakin jauh daripada syariat dan sangat alergic dengan seruan ke arah Islam...malah sebahagian kita sudah kabur tentang maksud 'sederhana' dalam Islam, hingga berlakunya salah faham untuk tidak amalkan Islam sepenuhnya kerana 'ingin bersederhana'. Kalau amal semua anjuran Islam itu menjadikan terlalu 'warak' dan 'alim'. Pelikkan? Mereka yang full-package amal Islam dianggap dan dipandang sebagai amalan kelompok tertentu dan bukan amalan kelompok majoriti, khususnya Melayu Islam di Malaysia. Maka untuk tidak mahu dicop ekstrem maka sebahagian Muslim ini mengamalkan hanya sebahagian daripada ajaran Islam yang dirasakan sesuai dengan jiwanya, dan bukan melihat kesesuaian tersebut daripada perspektif al-Quran dan al-Hadith. Keadaan ini sesuai dengan suatu sabda Rasulullah saw:
.
بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Maksudnya: Islam itu bermula dengan keadaan 'dagang' (pelik), dan akan kembali dengan keadaan dagang (pelik) sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah orang-orang yang dagang (kelihatan pelik itu).
.
Contoh pelik ialah macam jawab bersin, hari ini orang moden dan terpelajar bukan jawab bersin dengan kata 'alhamduliLlah' tapi kata 'excuse me'...banyak persepsi negatif diberikan jika amal Islam, kononnya kalau amal sunnah banyak sangat dikatakan cuba jadi warak, kalau bagi nasihat dikatakan busy body, pakai pakaian tutup banyak sangat dikatakan ketinggalan zaman, dan sebagainya tohmahan negatif hasil acuan barat, hai tak faham betui laaa......
No comments:
Post a Comment