bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, February 11, 2011

DuIt..dUit..duit..DUIT...

eja macam mana pun, duit tetap diminati ramai...
.
orang miskin nak duit, orang kaya pun nak duit, malah perkiraan orang kaya terhadap duit lebih besar daipada orang miskin. orang miskin tentu akan fikir kegunaan duit dalam kemampuan kemiskinannya, jadi tentulah dalam kadar duit yang dia pernah berurusan..seribu atau puluh ribu. kalau bagi sejuta kat orang miskin, sure depa akan termenung berbulan, penat memikirkan how to spend that amount of money! Namun bagi orang kaya, yang dah biasa main duit juta-juta..tentu perkiraan duit bagi mereka lebih daripada itu dalam perkiraan yang tak terfikir oleh orang miskin tadi. Bagi sejuta or 100 juta, itu hanya dihujung wallet depa sahaja. Namun apa pun, semuanya waima kaya or miskin, semuanya berkehendakkan duit, sama ada duit itu di sisi mereka sebagai wasilah, wakalah atau bantai'lah janji dapat dibelanja.
.
oleh kerana blog ni papa punya, tentulah papa pun sekarang duk fikir pasal duit. sebab papa tadok masa nak fikir apa orang lain fikir pasal duit. masing-masinglah kan. mungkin papa teringat-ingat dan terpana dengan iklan dalam tv akhir-akhir ini bila duit RM50 berterbangan depan cermin kereta, atau semasa jalan-jalan...dan keutamaan pada masa itu kelihatannya lebih baik bersembang rather than to grab that flying notes! simple-nya hidup dibayangkan. tanpa perlu berkejar ke sana-sini mencari duit, tanpa perlu berjaga malam membina duit, atau tanpa perlu menanam pokok duit-duit sebab terlebih duit. apa kaitan nim?. entah la. hehee..
.
kembali kepada isu, betul la kan..dapat duit banyak pun takkan pernah cukup. hadith pernah kata kalau dibagi sebukit uhud emas pun, seseorang itu akan nak lagi sebukit jambul emas. sebukit besar emas. sebukit bendera emas. sebukit marak emas. [minta maaf kepada bukit yang tidak disebut]. maksudnya akan minta dan minta lagi. atau usaha lagi untuk dapat. seolah tak pernah cukup. tapi usaha untuk dapat duit itu bagus. lebih baik usaha untuk tambah duit daripada usaha untuk perabis duit. orang berduit lebih mudah dan cepat masuk syurga kalau kena dengan cara dia menduitkan pahala dirinya. secara positifnya, bukanlah negatif kalau kita asyik fikirkan bagaimana nak berduit macam yang papa sedang fikirkan sekarang. maklum la tiket return london-kl untuk 4 orang hampir 20k hu3....airasia murah sket dalam 14k...
.
thats why lah i keep thinking about duit lately, hehee...

3 comments:

chekdenoor said...

Salam..... hahahaha...... gunakan jer hadis ni...

Kapal nak belajar...perlukan air..... tapi air jangan masuk dalam kapal.....kang kapal karam.......

so....nak idup....perlu gak duit....tapi duit jangan masuk dalam hati.....kang hati mati........

Tinta Pendeta said...

hehee...very the true

Virgin Gold Mining Corporation said...

Salam..
saya ex student USM, huhuu mendengar masalah duit yang dihadapi, saya ade formula how to generate money everyday. saya bekerja dengan seorang Millionaire dia juga Ex Student USM. huhuu dia dah lame generate duit sejak duk study lagi kami budak aman damai, sehingga boleh bukak sebijik budget hotel di terminal bus sungai nibung nih.. name je budget hotel tapi nak mengcreate hotel bukan semudah yang dibicarakan.. tapi bukan soal hotel mahu dikongsikan tapi soal duit, bagaimana mahu mendapatkan 10% everymonth and 50usd perday.. so kalau Dr berminat boleh hubungi saya cik Rehan 019-5982842. Sharing is Caring. THE POWER OF GOLD!

9/10 rezki Allah itu datang dr hasil perniagaan. tidak kira ape bentuk peniagaan itu ia tetap rezki yang penting halal.

Wallahua'lam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin