minggu-minggu lepas ada 2 majlis yang dirai'kan di kampung iaitu sebut yang kedua dulu, (2) BBQ de Beserah...majlis ni diadakan sempena banyak sempena nim, macam-macam alasan untuk disempenakan dalam penganjuran BBQ nim seperti anniversary, birthday, holiday, family day etc. tetapi yang penting ramainya adik-beradik dan ipar-duai dapat get together, and eat together...chatting together dan ditambah pula dengan kehadiran ramai anak-anak kecil, maka suasana yang hidup dan meriah begitu terasa...tambah pulak dengan rekaan xtvt mainan yang berjaya diselitkan oleh pihak penganjur utama...akhirnya masing-masing se'eh perut dengan banyaknya makanan masuk ke abdomen yang pelbagai bentuk dan rasa...intipatinya, keintiman sanak saudara sangat manis jika kemesraan begini selalu berlaku dan berkekalan berlaku...bak kata drama, kebahagian dan kemesraan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. tiada dijual di kedai, "mamak, rasa gembira satu hari!"..."ooo...yilek!"....
justeru, mengambil sempena kegembiraan ini majlis yang lebih awal diadakan di manir (2) iaitu sambutan birthday untuk maksu mah...walaupun terlewat sehari daripada hari kejadian, ia tidak menjejaskan misi untuk merai'kan aadik bongsu tapi dah tua, maksu mah mia dan awish...walaupun adik2 pompuan dengan abang tidak rapat seperti mana dengan kakak masing2, rasa untuk merai'kan tu tetap ada...tambah jika crowd yang boleh menyambutnya juga ada ramai [termasuk import dari teluk menara]...at least ada tanda ingatan di angin lalu...pernah abang sulong mengadu yang adik2 pompuan ni tak berapa nak dekat dengan keluarganya, [bukan keluarganya saja]...entah la, mungkin kerana kurangnya chemistry maka susah nak ajak datang ke rumah...dia pun mungkin rasa tidak sebebas seperti di rumah kakak-kakak...apa pun kemesraan dan hubungan antara adik-beradik perlu di-develop...jika hari ini sikap sambil lewa dilakukan,maka sikap ini akan berterusan sampai masing2 telah berkeluarga sendiri, natijahnya masing2 dengan dunia masing2, bersendirian...kawan lebih dipercayai daripada adik-beradik...justeru, sikap ke arah penyatuan dan mencari persamaan perlu senantiasa dilakukan, hubungan ini akan terus mekar dan mesra...titik-tolaknya hubungan kemesraan dalam keluarga bukan datang sendiri, bukan juga datang kerana kata-kata orang, apatah lagi bukan datang tanpa keikhlasan, ia mesti diusaha, dipertali dengan kata-kata dan dijalin-silang dengan senyuman dan keharmonian...selama mana keluarga kite tetap keluarga kita, maruah kita dan nilai kita di mata masyarakat...siapa pun kita, kita ada asalnya, kita ada rumpun yang mengambil-berat...[tulisan ni adalah idea penulis ketika ini setelah banyak membaca fail-fail kekeluargaan dan fatwa-fatwa berkaitan dan ia tiada kena mengena langsung dengan Bersih 2.0]
No comments:
Post a Comment