bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, July 6, 2011

BaTu BerSuRat 702H






replika batu bersurat terengganu yang ditemui tahun 1887 dulu di tebing sg. tersat k. brang, sebelum diletak di surau dan didapati bermesejkan sejarah pada 1902, dan dibawa mengadap DYMM Sultan Zainal Abidin III di kuala terengganu. ia bukan saja menunjukkan terengganu telah menerima Islam lebih awal daripada melaka, malah menunjukkan undang-undang Islam telah diamalkan lebih kurang 100 tahun lebih awal daripada tarikh yang tercatat di atas batu tersebut, kira-kira antara tahun 1200-an dulu. inilah antara intipati bersepakatan ahli sejarawan apabila membincangkan isu keislaman terengganu...sehingga terkesan pada undang-undang tubuh terengganu 1911 yang mengisytiharkan terengganu sebagai "daulah malayuwiyyah islamiyyah"...setelah beberapa ketika iaitu sebulan jugak berada di terengganu, maka tibalah masa untuk papa & kuarga pulang sat ke penang, sebab ada meeting dan sambil menjenguk 'rumah putih' [kata mea]....



garden kami ditumbuhi rumput panjang dah, menunjukkan kesuburan dan tiadanya tuan yang menjaganya hehee...tapi nampak cantik gak dengan pokok bayam yang tinggi, putih dan kurang kuning, sebab takut ditangkap dalam ops bersih 2.0, serta anak-anak pisang tanduk yang beranak-pinak dan pokok kacang botol yang merayap subur melepaskan pucuk masing-masing. pokok terung pun berbuah masing-masing sebiji dan 2 biji...tapi kecil lagi...so xtvt di sini ialah meredakan sikit rumput-rumput yang panjang ni sebelum kami kembali semula ke negeri batu bersurat di atas, maklum la ada 2 bulan saja lagi sebelum berangkat ke negeri atas angin, banyak isu malaysiana terkini yang perlu dibereskan sebelum kutipan susulan dilakukan di arkib british sambil membaca manuskrip melayu di library soas, atau cuba membaca tulisan jawi raja dan pembesar terengganu di british museum nanti...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin