Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, July 21, 2011

FReN-Day at BaTu RaKit




semalam adalah hari cuti di Terengganu (rabu, 21/7/2011) bersempena keputeraan sultan Terengganu...bersempena cuti ini jugak, frens of papa lepasan akademi pengajian Islam UM 1994-1998 mengadakan saat ketemu di pantai batu rakit, menghimpunkan mereka yang ada di Kuala Terengganu pada ketika ini...maka dapatlah kumpulkan 6 frens yang semuanya dah bergelar ayah, abah atau papa...








agenda ini diserikan dengan BBQ 7 ekor ayam dan berekor-ekor sotong...membakar di saat jam 3-5 petang, memang berbaloi sebab tak berapa nampak bara api kwakakaa....walaupun 6 frens sahaja berketemu mata dan badan, pertemuan ini juga menjalin pertemuan antara isteri-isteri dan anak-anak antara kami...maka beranaklah jasad tubuh yang bertemu ini daripada 6 menjadi 12, dan menjadi belas-belas lagi dengan kehadiran anak-anak wek...



Kami bertemu bukanlah kerana nak dapat projek, bukan juga untuk melobi untuk diundi dalam pilihanraya nanti, malah bukan lagi untuk mengeratkan hubungan melalui perkenalan intim antara anak-anak...tapi bertemu dan berpisah kerana Allah...iaitu menjalin semula hubungan intim kira-kira 12-13 tahun yang lalu yang sama-sama menaiki bas ekspres balik ke kampung, atau sama-sama mandu motorsikal ke temple park sambil menganjurkan program pelajar, atau sama-sama berlonggok di depan pintu bilik kuliah atau tutorial untuk bergantian memanaskan kerusi di bilik yang tak kurang sejuk air-cond-nya...dalam pertemuan ini hampir separuh sudah berpangkat pjk (perut jolor kedepan) dan separuh lagi masih ditetapkan susuk badan yang cantik menawan, tak kurang juga sudah ada yang beruban hehee.....masing2 dengan dunia dan kesibukan masing2 yang sebahagian besarnya terlibat dengan projek pendidikan...waima di sekolah, maktab atau universiti...apa yang dapat dikongsi daripada pertemuan ini ialah, kereta yang berjenama kia, naza dan hyundai banyak membawa masalah kepada pemiliknya hehee....opps, ini kesimpulan yang lain...

Monday, July 18, 2011

TaKe & GiVe, GiVe & TaKe




You give durian, I take ulasnya...bukanlah itu yang ingin dimaksudkan di sini..tetapi how much you give...and how much you take...sebagai tukar ganti; [terima kasih pada jiran yang sedekahkan durian ganja pada kami hi3, you give, i take...]

.

banyak kala, kita mahukan pemberian yang banyak daripada sesiapa saja [take]...tetapi apa yang diberi tidak seberapa [give], itulah isu yang cuba didiskusikan pada kali ini bersempena nisfu sya'ban 1432H. kita selalu mengharapkan pahala, anugerah, rezeki, berkah dan rahmat-Nya setiap saat tapi amalan yang dilakukan sedikit sekali, malah acuh tak acuh dan kadangkala asalkan lepas saja...walaupun Allah itu Maha Kaya, namun itulah sifat 'take' yang ada pada kite, asyik memikirkan keperluan kite yang tidak disegandingkan dengan takwa yang sepatut menjadi 'give' pada-Nya...kite terlalu berkire dengan masa makan dan menonton daripada berjemaah di masjid, terlalu berkire dengan masa yang panjang untuk solat dan membaca al-Qur'an berbanding masa tidur yang perlu dicukupkan, malah adakala di-qada' lagi tidur itu...perlukah what you give, you get back?

.

begitulah jua bakti kite pada orang tua, yang sering kite harapkan kasih sayang, bantuan dan simpati mereka, tetapi sejauhmana kite curahkan pengorbanan, sedekah dan jariah kepada mereka; termasuklah adik-beradik yang harapkan kefahaman, kasih sayang dan bantuan sesama mereka tetapi tiada 'give' yang boleh dikembalikan melainkan dengan kira-kira tertentu...seolah-olah masalah berada di satu pihak dan tiada pada sebaliknya, sehingga kepentingan diri menjadi keutamaan, asalkan hidup lepas bebas tanpa kongkongan...bagi orang tua, bukannya wang ringgit yang ditagih kembali, tetapi ingatan ikhlas daripada anak-anak atas bakti dan budi yang dicurahkan, begitu juga kalangan saudara-mara...dalam hal ini what you give, you dun wanna get it back dalam bentuk tersebut, tetapi kefahaman dan penghargaan daripada taker kepada giver...

.

dalam politik apatah lagi, sokongan kepemimpinan menjadi tukar ganti pada kebajikan supaya dipenuhi...namun sebanyak mana give dan take yang diberi dan dikembalikan menjadikan nilai perkiraan yang sangat besar...kerana ia melibatkan maslahat umum, hingga kekurangannya boleh menjadikan salah satu pihak tidak akan berpuas hati...sama ada rakyat yang asyik meminta itu ini, atau kerajaan yang gagal memberikan itu ini...ataupun kerajaan yang memberi terlalu banyak, dan rakyat sudah muak....entahlah, sepatutnya sokongan yang diambil, hendaklah diberikan dengan kebajikan, kebajikan yang diberi hendaklah diterima dengan tanda ingatan...barulah seimbang, senada dan semesra hubungan antara yang dipimpin dan yang memimpin...mungkin yang dipimpin tidak memilih pun yang memimpin tersebut, namun ketidakpilihan itu boleh disemai dengan kebijakan yang dilaksanakan menerusi kepemimpinan yang terpuji, untuk kebaikan semua tepung kanji...

[post kali ini memerlukan pembacaan yang mendalam, sebab ayatnya bombastik]

Friday, July 8, 2011

MaJlis




minggu-minggu lepas ada 2 majlis yang dirai'kan di kampung iaitu sebut yang kedua dulu, (2) BBQ de Beserah...majlis ni diadakan sempena banyak sempena nim, macam-macam alasan untuk disempenakan dalam penganjuran BBQ nim seperti anniversary, birthday, holiday, family day etc. tetapi yang penting ramainya adik-beradik dan ipar-duai dapat get together, and eat together...chatting together dan ditambah pula dengan kehadiran ramai anak-anak kecil, maka suasana yang hidup dan meriah begitu terasa...tambah pulak dengan rekaan xtvt mainan yang berjaya diselitkan oleh pihak penganjur utama...akhirnya masing-masing se'eh perut dengan banyaknya makanan masuk ke abdomen yang pelbagai bentuk dan rasa...intipatinya, keintiman sanak saudara sangat manis jika kemesraan begini selalu berlaku dan berkekalan berlaku...bak kata drama, kebahagian dan kemesraan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. tiada dijual di kedai, "mamak, rasa gembira satu hari!"..."ooo...yilek!"....


justeru, mengambil sempena kegembiraan ini majlis yang lebih awal diadakan di manir (2) iaitu sambutan birthday untuk maksu mah...walaupun terlewat sehari daripada hari kejadian, ia tidak menjejaskan misi untuk merai'kan aadik bongsu tapi dah tua, maksu mah mia dan awish...walaupun adik2 pompuan dengan abang tidak rapat seperti mana dengan kakak masing2, rasa untuk merai'kan tu tetap ada...tambah jika crowd yang boleh menyambutnya juga ada ramai [termasuk import dari teluk menara]...at least ada tanda ingatan di angin lalu...pernah abang sulong mengadu yang adik2 pompuan ni tak berapa nak dekat dengan keluarganya, [bukan keluarganya saja]...entah la, mungkin kerana kurangnya chemistry maka susah nak ajak datang ke rumah...dia pun mungkin rasa tidak sebebas seperti di rumah kakak-kakak...apa pun kemesraan dan hubungan antara adik-beradik perlu di-develop...jika hari ini sikap sambil lewa dilakukan,maka sikap ini akan berterusan sampai masing2 telah berkeluarga sendiri, natijahnya masing2 dengan dunia masing2, bersendirian...kawan lebih dipercayai daripada adik-beradik...justeru, sikap ke arah penyatuan dan mencari persamaan perlu senantiasa dilakukan, hubungan ini akan terus mekar dan mesra...titik-tolaknya hubungan kemesraan dalam keluarga bukan datang sendiri, bukan juga datang kerana kata-kata orang, apatah lagi bukan datang tanpa keikhlasan, ia mesti diusaha, dipertali dengan kata-kata dan dijalin-silang dengan senyuman dan keharmonian...selama mana keluarga kite tetap keluarga kita, maruah kita dan nilai kita di mata masyarakat...siapa pun kita, kita ada asalnya, kita ada rumpun yang mengambil-berat...[tulisan ni adalah idea penulis ketika ini setelah banyak membaca fail-fail kekeluargaan dan fatwa-fatwa berkaitan dan ia tiada kena mengena langsung dengan Bersih 2.0]

Wednesday, July 6, 2011

BaTu BerSuRat 702H






replika batu bersurat terengganu yang ditemui tahun 1887 dulu di tebing sg. tersat k. brang, sebelum diletak di surau dan didapati bermesejkan sejarah pada 1902, dan dibawa mengadap DYMM Sultan Zainal Abidin III di kuala terengganu. ia bukan saja menunjukkan terengganu telah menerima Islam lebih awal daripada melaka, malah menunjukkan undang-undang Islam telah diamalkan lebih kurang 100 tahun lebih awal daripada tarikh yang tercatat di atas batu tersebut, kira-kira antara tahun 1200-an dulu. inilah antara intipati bersepakatan ahli sejarawan apabila membincangkan isu keislaman terengganu...sehingga terkesan pada undang-undang tubuh terengganu 1911 yang mengisytiharkan terengganu sebagai "daulah malayuwiyyah islamiyyah"...setelah beberapa ketika iaitu sebulan jugak berada di terengganu, maka tibalah masa untuk papa & kuarga pulang sat ke penang, sebab ada meeting dan sambil menjenguk 'rumah putih' [kata mea]....



garden kami ditumbuhi rumput panjang dah, menunjukkan kesuburan dan tiadanya tuan yang menjaganya hehee...tapi nampak cantik gak dengan pokok bayam yang tinggi, putih dan kurang kuning, sebab takut ditangkap dalam ops bersih 2.0, serta anak-anak pisang tanduk yang beranak-pinak dan pokok kacang botol yang merayap subur melepaskan pucuk masing-masing. pokok terung pun berbuah masing-masing sebiji dan 2 biji...tapi kecil lagi...so xtvt di sini ialah meredakan sikit rumput-rumput yang panjang ni sebelum kami kembali semula ke negeri batu bersurat di atas, maklum la ada 2 bulan saja lagi sebelum berangkat ke negeri atas angin, banyak isu malaysiana terkini yang perlu dibereskan sebelum kutipan susulan dilakukan di arkib british sambil membaca manuskrip melayu di library soas, atau cuba membaca tulisan jawi raja dan pembesar terengganu di british museum nanti...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin