Berada jauh di luar negara dan dalam jangkamasa yang tertentu boleh mencambahkan barangan yang ada, jika baju bawa tiga helai..tentu akan bertambah kepada 4 atau 5 helai, sekurang-kurangnya...maka bertambah lagi jika berkaitan dengan akademik, seperti bahan fotostat, buku yang dibeli dan jika bawa keluarga, maka pertambahan lain akan turut berlaku....
biasalah yea...ianya tidak lain dan tidak bukan...senarai pinggang-mangkuk atau puyuk-belanga yang mesra microwave dan berjenama ni hehee...ada juga permintaan daripada sanak-saudara terdekat, maka bercambah-cambah lagi la barangan yang bakal dibawa pulang...semua ini jika tidak dilakukan penghantaran secara kapal (shipping), tentu tak termampu la nak bayar excess luggage yang hanya berjumlah 80 kg untuk kami berempat!
semua pertambahan dengan pinggan, kuali, buku, nota, printer, baju sejuk tebal2 dan sedikit mainan berjaya memenuhkan 5 kotak, 2 lagi kawan punya...itu baru 5 bulan! plus kiriman sedare-mare...pandai ambik kesempatan ekk...
kotak pun que nak boarding untuk balik ke Malaysia...estimate perjalanan adalah selama sebulan setengah, paling lama pun 2 bulan...khidmat ini adalah secara door to door...iaitu syarikat yang uruskan shipping ni datang ambik kat our door di London, dan akan dihantar straight to our door at Malaysia...3 box di alamatkan di Terengganu dan 2 di Penang...
kotak dimasukkan ke lori....syarikat yang uruskan ni dinamakan Mira D Services, syarikat orang Melayu Malaysia yang diusahakan oleh Encik Nik yang tinggal di Stoke-on-Trent, 2 jam setengah daripada London....kalau siapa pernah dengar nama stoke-on-trent, tentu akan tahu ia popular sebab apa....apa lagi kalau tak pinggan-mangkuk berjenama.....itu lah dunia hari ini he3
1 comment:
salam, boleh tak bagi contact shipping company Mira D Service ni? saya pun nak ke stoke-on-trent and nak post terus barang2 beli tu ke malaysia..senang juga bolah ada shipping company malaysia yg base di stoke? pleaseee
Post a Comment