bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, February 11, 2012

Indahnya Tanahairku




bertemu kembali dalam perkisahan di Malaysia...ramai buka blog ni dan tertunggu-tunggu apa citer ekk, such a busy body! hehee jangan marah yer.....walaupun suhu di Malaysia 28-32c sehari-harian huhuu...kadang tu on kipas atas dan bawah, plus aircond lagi...tak dapat nak lawan suhu di UK yang antara 1-5c tempohari...apapun, rasa tetap seronok berada di tanahair sendiri...tanyalah kepada sesiapa pun yang pernah ke luar negara, even yang ke luar daerah sekalipun, atau paling koman ke kampung sebelah, saat-saat berada di tempat sendiri memang lagi best, persekitaran kampung, lorong-lorong desa, dengan tahi lembu dan taliair yang tidak terurus pun, tetap best di kampung kite...sebab tu pepatah menyatakan sekalipun ada hujan batu di negara sendiri, masih best negeri sendiri.




best macam mana pun, rase ralat ada juga sedikit bila nak cerita pasal salji nim...bila 2 minggu kami sampai Malaysia, baru la salji turun dengan tebalnye di London huhuu...tak dapat nak bagi anak-bini merasa main baling-baling snow ball ni...tapi yang seronoknya hanya masa baling dan main-main salji saja la...saat kesejukan dan kelicinan bila nak berjalan-jalan tu tak seronok laa, apapun kami tumpang happy saja la tengok kawan-kawan mea di Neasden, London yang dapat main salji ni...mungkin rezeki untuk kami laen kali, itu la bezanya perancangan manusia dan perancangan Allah s.w.t. Walaupun papa dah rancang bersabatikal ketika fall dan winter di UK untuk ini, namun apakan daya...perancangan Allah adalah lebih tepat!



Seminggu di Malaysia, memang masing2 kena jet-lag especially papa and ibu...so pagi dan petang asyik nak tidur saja...but dua orang anakanda macam gagah sebab depa kurang tidur, lebih-lebih lagi ada ramai anak saudara yang turut balik sempena cuti Tahun Baru Cina, di samping untuk meraikan kepulangan kami dengan jamuan bubur asyura (perasan) hehee...Oleh kerana kegagahan ini, maka masuk hari kedua si kakak start demam dan muntah-muntah..hari ketiga diikuti oleh adik...dan demikianlah bersilih ganti...mungkin baru terasa perubahan masa tidur dan masa makan, serta terbuai-buai saat dalam pesawat. Oleh kerana itu, klinik dan farmasi jadi tempat rujukan, di samping pendaftaran untuk masuk sekolah si kakak terlewat beberapa hari kerana gangguan kesihatan ini... Sebut pasal pesawat tadi, teringat kat ex-h/phone papa yang tercicir atas flite dan disahkan diambil orang dah (after report dibuat tidak ditemui)...Sedihnya! Kini setelah masuk minggu ketiga, semua kembali as rutine yang berlaku kira-kira 9 bulan dulu, papa dengan kerjanya, ibu dengan dapurnya, mea dengan sekolahnya...dan best si adik sedang dalam proses tidak memakai pampers...masa ini, tabiat silam yang baik perlu dipupuk dengan lebih baik dan tabiat tak baik harus ditinggalkan. Harus gitu...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin