Hari ini, kami dijemput oleh seorang kawan yang juga jiran menghadiri majlis tahnik (belah mulut) anak perempuannya. Amalan membelah mulut ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Burdah daripada Abi Musa dengan katanya:
وُلِدَ لِي غُلَامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى
Maksudnya: "Telah dilahirkan untukku seorang kanak-kanak, maka Rasulullah s.a.w telah menziarahiku kerananya, dan Baginda s.a.w telah menamakan anakku "Ibrahim", membelah mulutnya dengan buah kurma, mendoakannya dengan keberkatan daripada Allah s.w.t dan kemudian mengangkat anak tersebut kepadaku, dialah anak pertama Abi Musa" (Sahih al-Bukhari, Kitab Aqiqah)
Berdasarkan hadis ini, ada 3 perkara yang sunat dilakukan bagi bayi yang abru dilahirkan iaitu;
1. Memberi nama yang baik-baik
2. membelah mulut dengan buah kurma
3. mendoakan keberkatan untuk bayi tersebut.
No comments:
Post a Comment