lama tak menulis di sini sejak balik..maklum la sibuk mengejar dead-line dan tuntutan menyiapkan pelbagai artikel untuk penerbitan. lepas satu...satu...sampai malam-malam pun terpaksa berteleku mengadap pc...teringat dahulu semasa belajar, ingin bekerja kerana bila bekerja tiada lagi homework, assignments dan tugasan untuk perbentangan...tetapi rupanya silap, semasa kerja pun ada...malah semakin banyak dan bersambung-sambung. Cuma bezanya, kalau semasa belajar dan tak buat semua tu...markah akan rendah dan kalau nasib baik akan dapat fail saja hi3...Manakala semasa kerja, kalau tak buat, gaji tetap masyuk (especially kerja kerajaan la) cuma statik la duduk ditangga tersebut, sehingga junior akan over take kita...so untuk hebat dan kekal berprestasi baik, maka bertungkus lumus la siang malam menyiapkan kerja-kerja yang belum tentu diterima untuk penerbitan, atau penulisan yang belum tentu dapat siap in 7 days....
dalam perkiraan prestasi ini, bagaimana kalau kita terbalikkan untuk meningkatkan sama kerja-kerja kita dengan Allah s.w.t. kalau kita sanggup berteleku depan pc 2-3 jam atau sehingga 5-6 jam, tak bolehkah teleku yang sama dibuat di atas sejadah (jangan tidur ya)...mendepani al-Quran untuk membaca dan menghayati maksud atau bangun malam mengadap-Nya, sebelum kita bangun untuk mengadap pc...semua ini jika dibuat..sudah pasti, prestasi yang baik akan bertambah baik, yang cemerlang akan gemilang...dan hebatlah! kita buat ya selepas ini.
dalam pada itu, dunia kena juga cari...sebab dunia adalah bekalan akhirat. tanpa dunia, seseorang takkan dapat kedudukan di akhirat, sebab tempat exam dan test adalah pentas dunia...orang yang cemerlang di dunia belum tentu cemerlang di akhirat, tetapi orang yang cemerlang di akhirat, sudah tentu semasa di dunia dia juga cemerlang...untuk cemerlang bukan sekadar mengatakan kita cemerlang, tetapi perlu dibuat yang kita memang cemerlang, malah diakui oleh orang lain juga yang kita cemerlang....ermm...macam ceramah agama pulak! apa point sebenar ya dalam entry kali ini...
haaaa...tunggu...nak pi dengaq khutbah jumaat sat....
No comments:
Post a Comment