bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, November 1, 2007

KuAh LaKsa LaA PlaK....



Aritu ke Pasar Basah Bayan Baru, terkelih depa jual 'daun kemangin"...dok tahu la org penang panggil apa..tapi ingat aku terus kepada ulam untuk makan laksam or laksa Terengganu...ia menambah selera dan boleh membuatkan ulaman yg disediakan tu serasi dgn lauk yg dihidangkan...so kalau nak compare ulam laksam/laksa yg dijual di pasar minggu/malam tu, memang jauh la simple and dimple....so i plan nak suruh my wife masak laksa kuah merah nanti, ermm sama ada jumaat or sabtu ni...eh, esok doh jumaat, dok dang...ahad ni tak boleh sebab aku kena jaga exam pagi, tak boleh makan benda-2 angin macam ni...vomit nanti...so, kepada sesiapa yg nak makan dan buat menu yg sama...ni aku perturunkan ilmu tentang kuah laksa merah hehehe

LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH)

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa

Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin