bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, November 5, 2007

TetaMu daRi BeseRah...

Petang semalam, ahad 4/11/07 kami menerima kedatangan tetamu jauh dari Timur, bukan Timor-timor...iaitu my biras n kak ipar n anak sedare, Kho, Kak Chik n Nwa...kedatangan yg tidak disangka-sangka ni amat ditunggu-2 sekali oleh Damia, lantas turut serta dalam misi mengesan mereka yg tersasar ketika melepasi jambatan penang...mungkin masa mereka menyeberangi ke sini sudah hampir senja, sinar mentari pun telah mula menyorok di sebalik Pulau jerjak, maka direction yg diberi melalui sms sedikit tergelincir, maka seperti kapal angkasa soyuz, kereta mereka tersasar hinggalah ke Bayan Lepas, nasib baik tak naik k/terbang untuk kembali ke Kuantan wakaka...nasib baik la kompas dan radar yg ada dalam minda den ni dpt kenalpasti tempat persembunyian mereka, maka lepas maghrib mereka diisytiharkan found oleh agensi lost found hahaha...jgn maree org Beserah!

Di bawah ni, antara bukti kehadiran mereka ke kondo kami ini yg diakui sendiri oleh kami sekeluarga...


Akibat tuntutan kerja, pagi tadi mereka terpaksa pulang balik ke Perai - Rantau panjang - Kemaman - Beserah...sempat lagi sebelum tu bawa Khoo pi beli jeruk buah pala untuk buah tangan...hai, jauh kena drive tu Khoo weh..kami skuarga sempat la hantar sampai susur keluar ke jambatan, iye la takut depa tersasar lagi nanti...nak balik jauh lagi tuh...sekarang mungkin depa dah masuk highway Baling - Grik and then, Grik - Jeli..yg cukup mencabar skill mengambil selekoh-2 rothmans yg ada...BonJovi! and jemput datang lagi ke sini....

1 comment:

Nan Nurhayati said...

tima kasih atas layanan yang diberi. Sorry laa kitorang tersasar jauh. Heheheh... sampai terjumpa Restoran Longwan. heheheh. siap bagi sms ke abg wan. bila pulak bukak restoran kat penang ni?
Musykil...musykil...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin