Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Tuesday, November 20, 2007
PesTa PuLau PinaNg..
Sedar tak sedar, cuti sekolah dah bermula..exam spm dan stpm pun turut proceed, dan kebiasaannya musim ini juga menandakan tengkujuh mula melawat Pantai Timur..tapi di Penang, cuti sekolah akhir tahun menandakan Pesta Pulau Pinang akan berlangsung...ia bukanlah seperti Pesta Pantai di Terengganu or Monsoon Cup, Pesta Penang lebih kepada konsep bazaar tertutup, sambil ada game in-side dan konsert percuma dalam kawasan tapak pesta tu...nak masuk kena bayar RM4 kalau ikut rate tahun lepas...dalam tu ada banyak gerai jual baju, khat, karpet, kuih-muih, perlawanan tinju muay-thai, pertunjukan ular (kena bayar lain), rumah hantu kut ada, fun-fair etc. laa...tahun ni nak kena pi lagi kut sebab mia belum pi hehehe...cuma awas, Pesta ni cuma beroperasi pada malam hari so jangan pi siang...ingat lagi at the first year aku kat Penang, pi la kul 4.00 ptg nak masuk hehehe...mana boleh! actually, pelik gak masa park kat luar tu masa sampai petang tu..sebab tak banyak kereta, then bila nak beli tiket baru tau...baru tau..yg aku ni TAK TAU huhuhu...
Bersempena cuti sekolah ni jugak, rumah mia ni bakal terima beberapa tetamu yg dimulai dgn Pcik Pu petang ni dari UUM..dia nak gi program palapes next month so mai sini nak simpan laptop kat sini, exam taK habis lagi tuh, ada ser paper lagi 28.11 ni tapi sebab gap 10 hari...takpe la boleh dia tolong dukung mia yg asyik mendambakan kedukungan orang tu...mlm tadi juga dpt sms drp mek nor kat PD nung nak mai ke Penang gak, at mengikut sms Pok Nik pagi tadi, depa nak mai esok..huyooo ramai la memenuhi rumah mia ni...takpe-takpe, tetamu membawa rezeki dan rahmat ke rumah kami, all welcome! tapi terpikiaq gak nanti nak bawa org PD ni jalan ke mana ekk hehehe..sepu takpe la dia dah acap mai penang...dalam kepala terlintas Bukit Bendera jer laa...maybe tambah sikit Tokong Ular, Botani Garden, dan persiaran gurney utk lepak-2 huhuhu...ahh tengok la nanti idea mai ahaks!
My fren, Dr Hasrul lagi class terima tetamu dari London semalam, his foster father who rent his room to him during his study at UK, whatever laa...janji nak kabonya sebab Hasrul ni suka transit kat bilik i before or after dia tension, for discourse or chatting what so ever...so dia bagi la ole-ole London, iaitu english tea..rasa macam teh laa cuma ani kata kena tambah little bit more sugar to sweetten it...gitu laa! Okay la dulu..kena gi xeroc-bind my SKT lak, arini kena serah ke boss utk penilaian prestasi tahunan....kalau tak, tak naik gaji tahun depan, rugi wooo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam,
Jasni, dgr citer Pok NIk nak kawin, betui ka?
suka ngan mug katun tu :)
lucu baca jwpn baitulmal tu :D
asmaa pulak, ana tak ajaq dia pakai buai, sbb tkut mcm kakak husna dia dulu, p rmh org pun nak berbuai kalau tidur, menyusahkan tuan rumah yg tak de simpan buaian. sejak kes husna tu, ana ajar anak2 seterusnya pakai buai bila perlu aje, so boleh fleksibel la nanti,ada buai ke tak de buai ke, boleh tidur gak.
baguih damia teman pak dia marking paper, nanti terpengaruh nak jd lecturer bila dah besar nanti, siap boleh dpt gelaran prof. emeritus lagi :D. amin
Salam,
iye ka syikin..bile dia balik drp Pakistan? bukan ke dia jadi PTD kat sana?
itu la..dulu dia nangis gempar seluruh rumah dan hanya ubat buai jer...lepas ni kena cari ubat lain lak utk the next comer, tapi kena rehat dulu la kejap hehe..amin, ana nak hantar dia ke Ireland, jadi doktor perubatan..menyambung cita2 papa dia yg tak kesampaian...amin.
nanti kena belajar drp org yg berpengalaman mcm syikin..dah ramai generasi muncul...
Post a Comment