bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, December 27, 2007

Catatan 'Idul Adha 1428H


Perancangan nak balik 'idul adha ni dirancang dah lama sebab melibatkan cuti penyelidikan, di mana prosedurnya perlu mohon 2 minggu terawal, plus cuti tahunan yang telah habis...plan-nya in between raya tu nak pi KL sat, either before or after to enter library kat UM or UIA..malang dan baiknya, dpt penolong penggawa yang tak boleh tinggalkan kampus lama-2...kena bertugas setiap selang seminggu, menyebabkan plan menjadi cuti raya sahaja...so, kena plan lain la utk research..hopefully this coming januari sempat pi barang 3 - 4 hari, takde bahan ni nak menulis huhuhu...ini kerana bahan undang-undang seperti akta, enakmen dan laporan kes-kes tiada di usm sebab tiada pusat pengajian undang-undang...berbeza dgn UM yg ada library undang-undang khusus, 4 tingkat lagi...

Kerana tugas kat desasiswa, sehari sebelum idul adha baru balik..bertolak lepas subuh dalam 6.30 pagi, sampai di kemaman dalam kul 8.00 malam..transit di manir kejap utk 'nap'..driver kena kumpul daya kejap to pursue the long-hour journey!

Raya 'idul adha tahun ni terlewat jadual sket, hinggakan team rumah bak semuanya terlepas satu raka'at...tak tahu la sama ada masjid taman islam tu yang pray awal, atau kitaorang yang pergi tak awal hehehe...apapun, pagi raya tahun ni pekena dua kali nasi dagang, sepinggan kat rumah dan sepinggan lagi kat masjid...bagus masjid ni, every raya rasanya ada juadah after solat...amalkan selalu hehehe...

Selesai solat, balik rumah salin baju utk menghadiri upacara pengorbanan beramai-ramai utk memegang, menjerat, menyembelih, melapah dan membahagi lembu..

inilah lembu yang dikhususkan kpd kami..


Sebut pasal korban ni, ada macam-2 pesen hehehe...ada yang hanya berkorban melihat bagaimana orang ramai melakukan kesemua kerja-kerja di atas, sekian terima kasih hehe...di sini, papa-mia just tolong pegang kaki lembu yang hendak dilapah hehe, itu satu pengorbanan juga iaitu mengorbankan tangan yang masih bersih dan suci dengan kotor selut, sisa darah dan bau yang kurang menyelerakan..bukan apa, ini juga kerana sempena bahagian aqiqah mia yang disertai bersama atas lembu tersebut..seekor lembu ni di'concurred oleh family mertua iaitu aqiqah mia dan danial (separuh kedua), korban oleh kho, k. nora, k. hani, mak dan k. dah (yusof)..semuanya beres dan sedekah kat taman satu bahagian dan 6 bahagian lagi bawa pulang ke rumah atas arahan mak utk prosedur selanjutnya iaitu, agihan fakir miskin, masak, gulai, sup, dan simpan sikit sebanyak...


Sepanjang raya ni di Kemaman, mia demam huhu...sian anak papa, tak sihat..actually mia dah demam sehari sebelum balik lagi akibat kuat meronda penang, cuaca hujan campur panas, banyak outing punya pasai..tewas jugak anak daraku! so, mia asyik menangis dan meragam jer..lepas bagi antibiotik..ada tanda-tanda merah naik..dikatakan baby campak...esok tu lagi banyak tapi haluis jah kata org penang...then bila balik sambung raya kat Manir, tanda-tanda merah tu pun hilang, maybe campak tak jadi nak teruskan operasinya..mia pun masih kecik lagi, semula la deh! hehehe...dalam minggu ni, fuyyoooo makan daging jer dengan pelbagai resepi digubah tapi bahan utamanya masih yg sama iaitu 'daging'..akibatnya, terpaksa singgah farmasi sat kat dungun kerana kes tertinggal floss kat penang huhu..


Lepas semua cuti ni dipenuhi, keberangkatan ke Penang semula diikuti oleh meksa dan cik pu...sorang akan stay jadi pengasuh part-time mia sambil cari kerja ringan-ringan kat penang dan sorang lagi kehabisan tiket bas nak ke uum...apa pun, perjalanan ke usm selamat n fun sebab tak banyak kereta memenuhi jalan, sometime ada la sebuah dua yang 'makan angin' kat tengah jalan tu esp kat area kelate, geram nau ore kelate nih hehehe...sampai-2 terus dipanggil ke pejabat desasiswa aman sebab rupanya papa-mia jadi pemangku Penggawa utk minggu ni, so banyak la tugas-2 pejabat kena buat iaitu sign situ dan sign sini...takpe laa...boss takde 2 minggu, jadi malam-2 kurang la kacau sangat dgn meeting yg lama dan panjang...huhuhu

2 comments:

[nad] said...

mea..kakyayah rindu kan mea..terlalu rindu kan..uwwaaaaaaa

Tinta Pendeta said...

nanti leh tengok mea melalui sidang video, uncle tunggu nak ambik laptop baru hehe...pasang streamix...and web-cam...complete, tapi tungguuuuu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin