Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, November 28, 2007

Mia Naik Firefly Lagi....



Semalam, bak dimasukkan ke wad lagi..dulu dah pernah sekali, kerana semput (dengarnya) akibat jantung..kami dikejutkan tido kul 2 pagi lebih kurang utk dikhabarkan hal ini oleh kak chik, pastu tak leh tido lagi...call firefly tak leh..berkali-kali cuba tak leh, geram gok sutir...kul 9 pagi after breakfast pi airport, then beli on the spot jer...hanya mia dan ibunya dulu balik, sebab papa ada meeting penting esok, tambah ada tetamu dari Dungun yg baru sampai semalam...serba salah, but the decision has to be made, so biarlah mia wakili papa dulu jumpa bak, didoakan bak akan sembuh dan sihat semula after this, amin.

Monday, November 26, 2007

FoTo-FoTo TetaMu Mia...

Horey! Mungkin itu keriangan yang ditonjolkan dalam foto-foto ni, selama 4 hari bercuti kat Penang...

Mek Nor dan Paknik sekuarga...ini gambo masa depa gi panjat Bukit Bendera, den tak pi, dengarnya ramai orang al-maklumlah cuti sekolah...arini abg nie plak mai jalan ke sini, hai meriah tul rumah Damia musim ni..maybe sebab pasni nak pindah rumah kut, insya'Allah dpt rumah atas tanah plak pasni, mana tahu kan, amin!



P/cik Pu bersama anak sedarenya kat Bukit Bendera...aik, awat mimi sembunyi drp kamera tu..maybe sedang majuk kut..apapun, aisyah sentiasa ceria dan sedia berposing..


Halaman Quensbaymall, we all pi sempena Hari J'Card kat jaya jusco...fuyyooo ramai sakan orang, kalau la seramai ni pergi dengar ceramah agama kan baguih hehehe...before tu we all pi Pantai Seagate, just sight seeing dan makan laksa penang, tapi laksa sini biasa jer, kuah tak berapa kaw...kureng isi ikan, cuba lagi mak cik!



Bercanda di tepian pantai, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa..saat ni we all half jalan dah sebenornya, tak bawak pulak tikar ke, kertas ke, wat lapik bontot..ahh belasah jer laa...boleh tahan jugak dgn pelancung kat sini yg miskin, tak terbeli baju yg banyak kain sket...takpe laa...jangan tengok ekk, tak baik!



Perkelahan di Taman Rimba, masing-masing menghilangkan lapar dan penat berjalan-jalan..Mia letih lagi, sebab berjalan jauh seharian today, so dia punya toto tebal drp mimi lagi...boss kan macam promo astro ceria tu!



Aisyah dan Mimi sedang syok mandi kat Taman Rimba, Teluk Bahang..tapi air cetek sangat, malas nak daki ke atas bukit sana...Mia mulanya tak mau bagi sentuh air ni, tapi dia cerdik, seketika kemudian Mia pupu..so, nak kena basuh kat situ gak ler..merasa la air Taman Rimba ni jugaa..


Nak tengok lagi gambo, scroll ke bawah...

Friday, November 23, 2007

DaMia juMpa GenG MaiN...

Sejak dua hari ni damia so hepi, setelah rumah ni dikunjungi dua sepupu-nya dri Port Dickson, Aisyah dan Mimi..bangun tido macam tercari-cari ke manakah sepupuku? itu semalam la bila mereka yang lain dah pergi kerabat bukit bendera...mia tak leh pergi sebab papa dia kene gi kerja untuk penyelarasan markah akhir studen huhu...semalam dia memang galak sket drp biasa, lawak yang tak berapa lawak pun dia kan mudah ketawa..itulah kan, walaupun masih kecil, she knows very well who could play with her...


Damia sentiasa aktif bersama geng seangkatannya...

Aisyah dan Syamimi sentiasa duk tepek...

Tuesday, November 20, 2007

PesTa PuLau PinaNg..


Sedar tak sedar, cuti sekolah dah bermula..exam spm dan stpm pun turut proceed, dan kebiasaannya musim ini juga menandakan tengkujuh mula melawat Pantai Timur..tapi di Penang, cuti sekolah akhir tahun menandakan Pesta Pulau Pinang akan berlangsung...ia bukanlah seperti Pesta Pantai di Terengganu or Monsoon Cup, Pesta Penang lebih kepada konsep bazaar tertutup, sambil ada game in-side dan konsert percuma dalam kawasan tapak pesta tu...nak masuk kena bayar RM4 kalau ikut rate tahun lepas...dalam tu ada banyak gerai jual baju, khat, karpet, kuih-muih, perlawanan tinju muay-thai, pertunjukan ular (kena bayar lain), rumah hantu kut ada, fun-fair etc. laa...tahun ni nak kena pi lagi kut sebab mia belum pi hehehe...cuma awas, Pesta ni cuma beroperasi pada malam hari so jangan pi siang...ingat lagi at the first year aku kat Penang, pi la kul 4.00 ptg nak masuk hehehe...mana boleh! actually, pelik gak masa park kat luar tu masa sampai petang tu..sebab tak banyak kereta, then bila nak beli tiket baru tau...baru tau..yg aku ni TAK TAU huhuhu...

Bersempena cuti sekolah ni jugak, rumah mia ni bakal terima beberapa tetamu yg dimulai dgn Pcik Pu petang ni dari UUM..dia nak gi program palapes next month so mai sini nak simpan laptop kat sini, exam taK habis lagi tuh, ada ser paper lagi 28.11 ni tapi sebab gap 10 hari...takpe la boleh dia tolong dukung mia yg asyik mendambakan kedukungan orang tu...mlm tadi juga dpt sms drp mek nor kat PD nung nak mai ke Penang gak, at mengikut sms Pok Nik pagi tadi, depa nak mai esok..huyooo ramai la memenuhi rumah mia ni...takpe-takpe, tetamu membawa rezeki dan rahmat ke rumah kami, all welcome! tapi terpikiaq gak nanti nak bawa org PD ni jalan ke mana ekk hehehe..sepu takpe la dia dah acap mai penang...dalam kepala terlintas Bukit Bendera jer laa...maybe tambah sikit Tokong Ular, Botani Garden, dan persiaran gurney utk lepak-2 huhuhu...ahh tengok la nanti idea mai ahaks!

My fren, Dr Hasrul lagi class terima tetamu dari London semalam, his foster father who rent his room to him during his study at UK, whatever laa...janji nak kabonya sebab Hasrul ni suka transit kat bilik i before or after dia tension, for discourse or chatting what so ever...so dia bagi la ole-ole London, iaitu english tea..rasa macam teh laa cuma ani kata kena tambah little bit more sugar to sweetten it...gitu laa! Okay la dulu..kena gi xeroc-bind my SKT lak, arini kena serah ke boss utk penilaian prestasi tahunan....kalau tak, tak naik gaji tahun depan, rugi wooo!

Monday, November 19, 2007

AkSi DaMia TiDur...

Pengalaman pertama menjaga dan membesar anak memang tough, esp bila bab tidur..sukar nak lena betul. apatah lagi pada 3 bulan pertama kelahiran..sungguh menduga ketenteraman dan kesunyian malam..dari sehari ke sehari, ke sebulan, ke setengah tahun..ada saja perubahan yang berlaku..kekadang membuatkan kite rasa sonok tengok...


Mia tidur sambil menemani papa dia yang telah awal lagi terbungkam akibat keletihan marking paper studen dgn macam-2 stail jawapan...yg kelakarnya ada studen jawap bahwa perpindahan kiblat berlaku drp bailtulmaqdis di Palestine ke bailtulmal (di Mekah kut)kekekeke...ada ke baitulmal masuk dalam topik! mesti depa 'blank' masa jawap ni...

Sambung citer Mia tido...dulu mia suka tidur kat buaian hingga kalau tadok buai, alamak bergegar la rumah dengan jeritan ala jacqueline vector dia, tapi now dia mula leh tido biasa cuma tak lama la...kalau nak bagi lama, kena angkat dan letak dalam buaian...biasanya kalau mia keletihan dia akan mudah tido, tak kira dalam keadaan apa pun...Macam semalam, akibat letih sangat after balik jalan-jalan, dia pun dah makan kenyang, susu cukup, main pun galak...so, landing ajer laa sambil ditemani bear yg dihadiahkan kak yayah dia...

syok tengok mia tido...tapi biasa setengah jam jer kalau style lagu ni...normally masa tido possing camni ialah between 9-9.30 malam...kalau nak comelkan kedudukan dia pun boleh, kita terbalikkan dia semula lagu ni..tapi kena hati-2 kut terkejut and menangis ler lolong-lolong hihihi...




















Ada lagi aksi tidur tambahan, seperti tido bila keluar jalan-jalan macam ni...mia ni alahan benor kalau kuar jalan-2, cepat penat, padahal dia duk atas dukung papa dia..tak aci tul!

Thursday, November 15, 2007

Mia serius kira duit...


Damia..damia..begitu tekun dan serius sekali mengira duit-muitnyer, setelah beraya lebih drp sebulan dan puasa tidak bersehari hehe...itulah pendapatannya hasil membiarkan all people gomol dan cium, sambil menahan segala masam, masin, hapak, hanyir, pahit dan maung orang-orang yang cuba menggomolinyer...semua itu tidak difikirkan oleh orang yang mencium, tapi itulah sebenarnya yang ditanggung oleh orang yang dicium..mencium itu mudah dan indah sebab ingin menikmati bau wangi atau enak orang yang dicium, tapi adakah orang yang mencium sedar akan orang yang diciumnyer itu sama ada bersedia atau tidak menerima kemasam dan kemaungan drp orang yang menciumnyer, ermm fikir-fikirkan bersama hehehe...isu ini sebenarnya adalah termasuk dalam konteks penderaan kanak-kanak juga walaupun duduk di bucu kertas pendakwaan sahaja, dera tetap dera...tapi biasalah, big people always on top, defeating small and tiny one...actually, bukan nak berfalsafah pasal gomol budak ni hehe...nak citer seronok dan beruntungnya budak-2 sekarang..kecik-kecik sudah pegang duit banyok..tengok mia tu, sedang kira duit rayanya yg berjumlah RM330/-..banyak giler, masa den dulu..paling banyak rasanya belas-belas ringgit jer...paling banyak org bagi RM1..leni paling banyak org bagi RM50, RM10 or RM5 paling kurang...RM1 tak pandangan huhuhu...dulu 10/20 sen pun ada orang bagi sebagai duit raya, cth kat kg den dulu kedai banon, bagi 20 sen sorang huhuhu...tapi budak-2 beratur pergi dapatkan duit raya...sebab duit! the value that attract people...dunia cepatnyer berubah serase den...nilai duit semakin naik dan banyak, inilah punca inflasi sebenornyer...so, petang semalam lepas hadiri jamuan raya rumah kak nik, three of us towards Tabung Haji to bank in mia's money...wow mia! all in all she accumulate around thousand plus already, plus she gained during her new born and little bit from monthly saving...dulu den masa sek.men. baru belajar buat buku bank, itu pun sebab dapat biasiswa kecil persekutuan (RM25 sebulan), kalau dok...sampai kisas kut baru buat buku bank...masa sek. men. rasanyer dok sampai lagi duit dalam bank seribu lebih...inilah rezeki anak-anak sekarang...untung! dan memang beruntung! semoga tahu dek untung la bila besor nanti...amin.

Wednesday, November 14, 2007

ISDEV Research Lecture..


12 Nov, tepat jam 10 pagi saya sempat menghadiri satu siri lecture anjuran isdev, iaitu pusat kajian pengurusan islam yang menganjurkan syarahan bertajuk "equity in islamic capital market: concept and operational mechanism". Ia disampaikan oleh Prof Dr Abdul Ghafar Ismail drp Sc. of Economics, UKM.
The discussion is focussing on two important topics in islamic capital market i.e concept and operations. All in all, the concept of Islamic capital market which based on shariah principle are against any kind of receiving or paying interests. Interests are prohibited and should not be allowed to give rise to more money. What money can do is as a potential capital only rather than be as a capital itself. Meaning that money becomes capital only when it is invested in business. Accordingly, money advanced to a business a s a loan is regarded as a debt of the business and not capital and, as such it is not entitled to any returned (i.e interest). The business (also individual) can use this money for the purchase of good and services. The owner of capital will get an enumeration based on the profits. The condemnation of interests made it not recognized as a correct and justifiable payment. Therefore, to avoid the paying and receiving interests, capital should be designed where the shareholder shares the possibility of either profit or loss, and is satisfied with a non-predetermined remunieration.So the utmost important to comprehend is, in islam, money is not entitled to get a fix remuneration, but, on the other hand, money should be considered as capital, i.e, the owner of capital will get an enumeration based on the profits from mudarabah and musyarakah contracts.

Actually this talk was very good indeed, but i could not stay longer in this hall after receiving call to handle the jamuan raya at school, so after an hour, i have to get off but what is so lucky, i got his paper in my hand to study further, thanx to Isdev committee!

Jamuan Raya PPIK


Ari senin lepas 12/11 telah diadakan jamuan perayaan anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di mana gue menjadi Timb. Pengerusinyer yg tidak berapa berfungsi, ahaks sebab malas nak buat kerja..iyer la kerja lain banyak lagi..jamuan ni adalah jamuan tahunan PPIK dan tahun ni meraikan dua hari raya iaitu aidilfitri dan raya keling yg disambut oleh deepa-deepa...takpe no sebut lagu tu! menunya quit okay gak la iaitu dibuat secara pot-luck, Kelab menaja soto, bhgn pengajian islam menjamu sate, bhgn geografi hidang pulut manis (dibuat macam kuih haji serban tapi diasingkan pulut dan manisan lemak tu), bhgn lain buat mee hailam, kuih-muih, buah-muah, ayaq etc laaa...siap pasang lagu raya lagi ihsan cd hasrul & abg zul..balik rumah petang tu gue makan lagi dgn biwi sebab cepat hilang kenyang, rupanya sebab tadok dihidang nasi..lagu mana mu?

Monday, November 12, 2007

Mek DamiA DoGoL..


Petang ahad 11 Nov. Damia telah berjaya didogolkan sekali lagi, the idea-nye is to make sure her hair can grow fully and heavily hi3..proses penggondolan ini dilakukan ketika damia tengah bermain, so sedikit sukar la..dalam setengah jam lebih duk kerjoongg dia kah3...hopefuli semakin cun ler lepas ni...

OpeN HouSe OraNg Ganu...

Sabtu 10 Nov kami dijemput ke open house sedare bak, namanya kak nora (kak yaa)..hari raya lepas dia ada mai ke umah kemaman, asalnya Telok Pasu, Manir dan umah abang dia ada di Dungun...suaminya orang Penang, Balik Pulau..So, sabtu aritu, pas asar we all tiga beranok pergilah umah dia dekat area Bukit Jambul, senang cari rumah dia mengikut direction yg diberi...mulanya den malas nak pi sebab dok kenal mana, tapi dok sedap jugok hehehe...nak kenal jugok la anak beranok alek bak...mengikut cerita dia pada ani, dan ani bercerita lak kat den, kiranya bak tu pok sepupu kepada bak dia, jadi ani ni kira mak sepupu dia gitu...den jadi la pok biras sepupu, ahaks! ramai gak orang umah dia petang tu...sampai bila time baru sapa tu, kita orang lepak kat luar umah dulu takde tempat duduk...ruang tamu dia lebih kurang our rent-house jugok laa..bukan kecik, cuma tak besor hehe...dia ada anak dua, dan sempatlah bergambar dengan mea...dapat duit raya RM10.00 mia kat sini, tq auntie!

Wednesday, November 7, 2007

UnexpecTed SoRe..


Semalam, blok B Desa Bistari diselubungi asap berkepul-kepul..semua penghuni panik tapi selamba berkumpul di bawah blok, yang ada baby terpaksa menaiki kereta untuk meninggalkan perkarangan bangunan ni..termasuklah kami sekeluarga, nak bawa Damia ke blok A tapi blok A pun mengalami nasib yang sama..bau busuk wasap ni menusuk dan mencucuk-cucuk hidung, berlengas dan tajam..itulah aktiviti extreme pihak Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut bagi memerangi aedes dan denggi..terkejut sardin jugak mulanya apabila sedang lepak-lepak kat rumah after balik kerja, sambil nak tunggu Spa Q and then suddenly loud announcement heard from the ground that asking all settlers to come down and evacuate the building...what come to my mind, firstly, is it fire somewhere in this building? rupanya sebaliknya...tapi kali ni memang extreme giler..bila semua esp. yg punya baby and asma are ordered to come down..so, what they want, we did...turun ikut tangga sebab ramai serentak huhuhu...


Masa evacuation order tu lebih kurang kul 6.30 pm dah..tak tau nak pi mana bila kena kuar, nasib baik bawa turun wallet n kunci kereta...so drive jer la meninggalkan blok kesayangan ni..sampai Ani tanya, "kita nak pergi mana ni, nak maghrib-maghrib ni?" dah la semalam we all fasting..nasi ayam yg di plan nak berbuka pun sudah sedia possing tunggu we all jamah jer...so, apa lagi nak tuju melainkan kedai nasi kandar kayu la yg ada kat Bayan Baru..pekena roti canai seketul dua hehe...Damia pun aktif sekali berkayuh-kayuh kakinya nak pi ke situ! kena ngorat di mamak kat situ..nasib baik Damia jual mahal, ahaks!
Kelihatan Damia tenang dan pasrah menunggu hidangannya yang tidak dapat disediakan, kerana di Kayu Nasi kandar tidak menyediakan nestum madu hehehe...ibu damia senang console her...

Di bawah ni adalah panorama kelmarin sore yang menyaksikan seluruh blok dicemari asap akibat "fogging" ni dan bahaya untuk kanak-kanak dan orang hidup lain...

Tuesday, November 6, 2007

Damia's WeigHt...


Today we went to Sg. Dua Clinic to weight Damia and check her progress and growth in this world yea...we went little bit late, around 10.00 so can see crowd of mothers and babies at waiting hall...after 1 hour then Damia'name just called and get entertained...I noticed that not many nurse around here today compared to our normal visit, maybe some of them still on leave to celebrate open house, melampau la kalu gitu! and maybe to get ready for the coming Deepavali...whatever la...but what make me unhepi today is Damia's weight is so tiny in scale, from 5.9 kg last 2 month to 6.35 kg only huhu...compared to her fren around 8 kg dah now...so nurse ask to feed her more food esp moist, porridge wt fish, chick, vege, egg etc which carry heavy of protein..we have to work harder this time, actually we are working so hard to feed her more and more...but she always says that she was on diet, ahaks! or, like mother like daughter la the nurse comment...but for me, i must make sure her weight is rising after this, and due to her slow progress in weight, the nurse want Damia to come again next month, instead of Damia's mother have to come next week to check pap & smear...what is it? based on what the nurse told us, it was a rutine check to all post natal to prevent them from canser's selvik...whatever la, promise, both of them in good condition, am i rite? absolutely...

Monday, November 5, 2007

TetaMu daRi BeseRah...

Petang semalam, ahad 4/11/07 kami menerima kedatangan tetamu jauh dari Timur, bukan Timor-timor...iaitu my biras n kak ipar n anak sedare, Kho, Kak Chik n Nwa...kedatangan yg tidak disangka-sangka ni amat ditunggu-2 sekali oleh Damia, lantas turut serta dalam misi mengesan mereka yg tersasar ketika melepasi jambatan penang...mungkin masa mereka menyeberangi ke sini sudah hampir senja, sinar mentari pun telah mula menyorok di sebalik Pulau jerjak, maka direction yg diberi melalui sms sedikit tergelincir, maka seperti kapal angkasa soyuz, kereta mereka tersasar hinggalah ke Bayan Lepas, nasib baik tak naik k/terbang untuk kembali ke Kuantan wakaka...nasib baik la kompas dan radar yg ada dalam minda den ni dpt kenalpasti tempat persembunyian mereka, maka lepas maghrib mereka diisytiharkan found oleh agensi lost found hahaha...jgn maree org Beserah!

Di bawah ni, antara bukti kehadiran mereka ke kondo kami ini yg diakui sendiri oleh kami sekeluarga...


Akibat tuntutan kerja, pagi tadi mereka terpaksa pulang balik ke Perai - Rantau panjang - Kemaman - Beserah...sempat lagi sebelum tu bawa Khoo pi beli jeruk buah pala untuk buah tangan...hai, jauh kena drive tu Khoo weh..kami skuarga sempat la hantar sampai susur keluar ke jambatan, iye la takut depa tersasar lagi nanti...nak balik jauh lagi tuh...sekarang mungkin depa dah masuk highway Baling - Grik and then, Grik - Jeli..yg cukup mencabar skill mengambil selekoh-2 rothmans yg ada...BonJovi! and jemput datang lagi ke sini....

Inilah laksa dan kuahnyer yg berjaya dihasilkan utk lunch tengahari sabtu lalu, 5 bintang for my wife!

Thursday, November 1, 2007

KuAh LaKsa LaA PlaK....



Aritu ke Pasar Basah Bayan Baru, terkelih depa jual 'daun kemangin"...dok tahu la org penang panggil apa..tapi ingat aku terus kepada ulam untuk makan laksam or laksa Terengganu...ia menambah selera dan boleh membuatkan ulaman yg disediakan tu serasi dgn lauk yg dihidangkan...so kalau nak compare ulam laksam/laksa yg dijual di pasar minggu/malam tu, memang jauh la simple and dimple....so i plan nak suruh my wife masak laksa kuah merah nanti, ermm sama ada jumaat or sabtu ni...eh, esok doh jumaat, dok dang...ahad ni tak boleh sebab aku kena jaga exam pagi, tak boleh makan benda-2 angin macam ni...vomit nanti...so, kepada sesiapa yg nak makan dan buat menu yg sama...ni aku perturunkan ilmu tentang kuah laksa merah hehehe

LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH)

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa

Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin