Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Sunday, July 27, 2008
MeA ke KuChinG
Mea telah ke Kuching pada petang Khamis lepas dan balik malam tadi (Sabtu malam). To save bajet papa, mea dan ibu serta papa pergi dengan airasia jer..direct from penang to kuching, dalam 2 jam 5 minit...
"ready to take off"...mea pun mengenakan tali keledarnya...siap buk! okay good girl!
kat sini, mea stay kat Holiday Inn..sesuai dengan kedatangan mea dan ibu nak holiday, cuma papa jer kena keje as usual present his paper...
pemandangan dari bilik hotel mea pun cun...dapat tengok sungai sarawak! ada bangunan tinggi dan gah tengah dibuat tuk tapi sik tau bangunan apaa...
antara team kawan papa yang turut berada di sana, we all makan kat tepi water-front tu sambil hirup udara malam Kuching...di sini mea tak jumpa pun kucing2 yang melilau...patut kena bela la sebagai maskot! [paling kanan ialah Mr. Hisham, Fellow IKIM, yang lain member USM yang biasa dgn Mea]
mea jalan-jalan ngan ibu cari sesuatu yang boleh dibeli e.g "gambir sarawak" hehe..tapi tak jumpa! pelik tul! tak caya papa...
mea terbaring kat lantai bilik hotel, bukan sebab keletihan jalan, tapi sebab time berak sampai.."sembelit lagi!!!"...tapi tak kuar apa-pun, sian anak papa...
hari terakhir mea di sini, mea dapat gi Pasar Satok..dibawa oleh kawan papa yg mengajar kat sini sejak 10 tahun yg lalu (orey kelate mu!)..namanya ust. ahmad!
kat sini, ibu mea beli ikan terubuk asim yg sudah menjadi trademark Sarawak...best woo kalau buat goreng bawang berlada, masak lemak or asam pedas..itu kate kakak jurujual tu laa...
mea juga pi beli kek lapis, trademark kedua Sarawak...nyaman bah! yang ni spesel sikit sebab dibuat dari planta..ada basah-basah, regenya pun basah2 sket he3
mea selamat sampai penang jam 11.30 malam, flite ni delay sejam sebab p.a system dok bunyi semasa nak take off...hu3...itu la penangan airasia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah....yang bestnyer ialah ibu mea....sebab dia banyak berjalan..... mea..hmmm... nanti tak ingat apa-apa dah ...kecualilah ..adanyer photo-photo tu....
adek mea sihat ker...bila tarikh bersalin nyer
hehe..ibu mea memang suker sokmo, jauh berjalan banyak pengalaman...blog ni kalau syrkat yg binanya tak muflis, akan jadi diari mea la nanti, to view how she grow up he3...adik mea ni ganas sket, sihat and kuat bertinju dalam perut ibunyer, around first Nov will appear live...
Post a Comment