Lama tak hantar berita ke blog ni, papa-mea busy sket dengan agenda PTK iaitu create E-Learning portal untuk presentation lusa, maklum la sekarang ni masing-masing tengah ligan nak dapat DS52 hehe...tapi sebut pasal e-learning ni, papa-mea tak la sehebat kawan papa si Dr. H tu yang lagi bravoo hehe...semua pasal e..eee..dia tahu, cuma eee..ntah la dia tak tahu hehe...(dia juga selalu buka blog mea)tq
Kesibukan ni ditambah lagi dengan kehadiran kawan papa selama 2 hari hujung minggu baru ni yang baru dapat jadi lecturer kat UiTM Seberang Perai ni, diajak teman dia cari rumah...fuyoo, sangat susah cari rumah kawasan ni, bukan sebab rumah takde tapi sebab spesifikasi my fren ni la..cerewet hehe...nak rumah double storey, kawasan Melayu ramai, dekat pulak dengan UiTM..rumah plak mesti cunn hohoo..mana nak dapat, especially bila time student dah mula stat ngaji...depa pun mencari jugak...apa pun, dua hari tu dapat la papa makan dan minum free jer...and buat first time baru jer merasa "mee udang" kat Sg. Dua yang disebut-sebut rakyat jelata selama ni...okay jugak noo...so, hujung minggu ni ke sana lagi la bila si kawan tu nak mai sign contract rumah hehe...nanti leh ajak ibu plak...setakat ni rumah yang dia only berkenan ialah kat Taman Merbau Indah, Sg. Dua...punya la jauh dari UiTM, tapi rumahnya besar giler...baru lagi, baru siap trang-tang-tang...
Citer Mea lak...sian sungguh mea semalam. dia masih batuk and bila time nak tidur tu walaupun dah tidur, bila batuk dengan bercampur kahak yang banyak...sampai sukar dia nak bernafas...aleh-2 menangis jer sambil mata pejam...tak tau nak buat apa, bagi viks kat dada jer dah bagi minum air suam...tengah malamnya bila dia bangun..mungkin dahaga...dirabanya air susu yang masih berbaki kat sebelahnya, diminumnya jer walaupun mata masih tertutup...mea-mea...sian anak papa, petang ni nak wat naik motor laa...lama tak ronda dengan motor with her...
No comments:
Post a Comment