bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, September 24, 2008

Ujian 10 Terakhir Ramadhan


Ibu mea dimasukkan ke wad lebih kurang 1.30 pagi tadi selepas ada ‘pendarahan’ semasa sedang tidur. Papa yang masih ralit ‘layan mengantuk’ semasa duk meeting dengan pengurusan dan exco desasiswa aman-damai dipanggil balik. Berdebar papa…apa taknya, baru lapan bulan tapi macam iya tak iya jer ibu-mea ni…apa pun we all sepakat untuk pi ke hospital dulu…tengok apa kata pakar. Mea yang tengah tidur pun diangkat letak dalam kereta. Masuk kereta jer mata mea dah bulat, “ooo…nak gi jalan senyap-senyap yer” (kata mea)…after 15-20 minit sampai la hospital…check itu ini dan isi borang itu ini…maka disahkan baby okay, denyutan jantung molek…lega 10 sen..then, after meksi dan doctor perakukan proses seterusnya iaitu tunggu contractions maka papa dan mea pun balik rumah..mesti lambat lagi...mea pun mengantuk lagi dan mula nak menjerit, masa sampai rumah dah dekat pukul 3.00 pagi dah huhu…takpe la, ujian di 10 terakhir Ramadhan untuk papa, ibu dan mea…


Bila ibu dalam wad, macam ni la mea duk teman papa memandu pergi dan balik hospital…Cuma pagi tadi jer papa mandu sambil riba mea sebab dah kalut masa nak pi hospital tu, terlupa dah…masa tu plak ibu masih ada dan boleh pangku mea yang masih mamai…


Tengahari satni mea gi jenguk ibu kat wad, masih dalam labour room tapi status ibu masih pasif…hopefully ibu mea didischarge segera tanpa bersalin lagi, sebab kandungan sebenarnya baru 8 bulan…lagi pun, nak balik rayaaaa!!....dah la sian kat ibu kena cucuk tadi untuk matangkan paru-paru baby…semuge Allah permudah dan bagi yang terbaik untuk kami, amien.

6 comments:

Nan Nurhayati said...

harap2 sempat balik beraya... jgn laa kuar lagi bb tu.

Tinta Pendeta said...

amien

chekdenoor said...

Chekdee doakan, ibu mea, mea dan papa mea dapat beraya di kemaman dalam keadaan yang sihat.........

ROSHAIMIZAM said...

jas bini kawe royak baik demo raya kat penang jah..nti kelik jln2 tu byk getaran tak elok

Tinta Pendeta said...

kalau ikut getaran, dengar lagu P. Ramlee "getaran jiwa" pun leh jadi getaran hehe...tak kire, nak kelik gak!

Wasatiah Gurlzz said...

ala, keciannyer..raya kat penang jer lah..kesian isteri Dr., jln jauh2..x baik utk baby...(nada jelous sbb sya tak dpt brayer kat trggnu...haha)...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin