Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Monday, December 15, 2008
MingGU AwaL
begini la ragam bila mula-mula sampai ke rumah ni, ibu pegang penyapu...mea pun pegang penyapu...masing2 ada angle tersendiri untuk diuruskan hehe..mea ni sejak kat rumah tokki lagi selalu pantang jumpa penyapu dan penadah habuknya, mesti akan ambik untuk turut bertugas...
inilah teman bermain mea...beskal muda...nak main dengan adik darwisy, adik tak reti nak main lagi...takpe la mea...belajar kayuh beskal dulu sorang2..nanti leh gendong adik!
semalam papa dan ibu mendogolkan darwisy hehe...inilah kemuncak proses mencukur rambut yang dilakukan semasa hari raya idul adha aritu..tapi tak licin sangat lagi macam kojak, rambut baby ni halus sangat..sukar nak cukur sampai berkilat...takut jugak tercukur dengan kulit kepala huhu...hati-hati dan beralus sket dulu la..
ermm...dekat sejam gak papa dan ibu mengerjakan kepala wish ni..mea plak dengki tengok, sambil menangis2 sendel kat papa...tak tau sama ada sayang kat adik dia or dengki nak di'kerja'kan sama...
semalam juga darwisy for the first time dibawa ke tesco...darwisy plak merasa duduk kat seat mea dulu...nasib baik jumpa stroller barang baby ni...mudah kerja!
kat tesco, mea dapat meja study...maklum la papa target mea untuk belajar jauh besar-besar nanti..kalau boleh sejauhmana papa dah pergi dulu..and kalau boleh biaq mea pi lebih jauh lagi hehe..
kerusi study mea wat tengok tv plak..mentang2 la kerusi ni ringan, mea ubah situ..ubah sini...alahai, jangan nanti wat alat untuk memanjat atau mengambil barang yang tinggi yang disembunyi dah la...kreatif!
mea jugak dibelikan set nombor supaya nanti reti membilang dan mengenal nombor dengan cepat..tapi malangnya...
inilah cara mea menghafal nombor2 ni huhuhu...sabor jer la!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
gitulah juger caranya abg nwa belajar nombor dulu... lebih hanyar drp tu lagi... hmm.. tapi akhirnya dia pandai jugak. hehehhe
itu la yg terkezutnyer papa dan ibu, dicabutnyer skateh-skateh..last2 ibu dan papa lak yg tukang pasang balik..
seronok kan bila melihat anak-anak membesar sambil belajar satu persatu tentang kehidupan......
yaa..betul tu chekdenoor!
comelnyer damia hehe
Post a Comment