Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Wednesday, December 24, 2008
RaGAAM..
adik darwisy suka tidur atas pangku..kalau letak kat bawah dia akan tidur sekejap jer, macam tak lena..bila pangku..ermm lentok kan main! itu la adik mea..
ni la aksi kak mea bersantai sambil tengok tv..masa ni mestilah bila mood tengah elok, kalau tak ...ermm mesti duk kacau papa dan ibu jer..
sempat aritu papa kerat kuku kak mea...biasanya kak mea susah nak dipotong kuku dia ni, tapi sebab before tu papa tengah potong kuku, dia pun tumpang semangkuk...siap hulur jari dia masa papa tengah potong kuku papa..suruh buat yang dia dulu, mengada-ngada tul! tapi sebab anak papa...papa turuti...hehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Wah...darwish..dah montel....hmmmm...beratlah nanti papa dan ibu mea nak dokong
berat satu hal...keras dan kuat menggelepar leni hehe...
Post a Comment